AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

KKR terima kenaikan 15% dalam Belanjawan 2023

174

KUALA LUMPUR 25 Februari 2023 – Pengumuman Belanjawan 2023 semalam disambut baik oleh Kementerian Kerja Raya (KKR). Secara keseluruhan, kementerian tersebut menerima RM8.439 bilion peruntukan bagi tahun 2023, iaitu kenaikan 15 % berbanding RM7.306 bilion yang diterima pada tahun 2022.

Menurut KKR dalam satu kenyataan hari ini, jumlah bajet mengurus KKR yang diluluskan adalah sebanyak RM865.27 juta iaitu kenaikan sebanyak 5.07% berbanding RM823 juta yang diterima untuk tahun 2022.

“Manakala bajet pembangunan tahun 2023 yang diluluskan adalah sebanyak RM7.573 bilion berbanding RM6.483 bilion pada tahun 2022.

Menerusi bajet 2023 Kerajaan komited meneruskan dan menyegerakan pelaksanaan lebuh raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak Sabah Link Road yang dianggarkan melibatkan kos keseluruhan RM20 bilion ringgit dengan jajaran lebih daripada 1,000 kilometer.” kata KKR.

Bajet 2023 menyaksikan usaha Kerajaan menyegerakan projek penyenggaraan prasarana infrastruktur rakyat melibatkan:

1. Peruntukan RM2.7 bilion ringgit untuk menyenggara dan menaik taraf jalan persekutuan.

2. RM300 juta disediakan khusus untuk kontraktor G1 hingga G4 bagi melaksanakan projek penyenggaran kecil Jalan Persekutuan.

3. RM100 ribu diperuntukkan untuk Jurutera Daerah bagi setiap daerah untuk pembaikan segera jalan-jalan berlubang berdasarkan aduan rakyat yang diterima.

4. RM50 juta disediakan untuk segera memasang lampu-lampu jalan khususnya di kawasan berkemalangan tinggi.

Tambah KKR, peruntukan secara one-off sebanyak RM10.7 juta bagi Penyenggaraan Bangunan dan RM9.4juta bagi pembelian sebuah feri baru di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan turut diperuntukan kepada KKR dalam Bajet 2023.

“Pembelian feri baru ini bakal memberi manfaat 30 ribu penduduk setempat sebagai pengangkutan keluar masuk Pekan Pengkalan Kubor, Kelantan dan Pekan Takbai, Narathiwat Thailand.” kata KKR.

KKR turut menyokong usaha Kerajaan dalam meningkatkan industri pelancongan menerusi pelaksanaan projek infrastruktur awam bagi menangani isu kesesakan jalan raya di lokasi tumpuan pelancong seperti berikut:

i. membina jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang dengan kos sebanyak RM480 juta.

ii. menaik taraf Jalan Tun Hamzah ke persimpangan Semabok Lebuh AMJ Daerah Melaka Tengah dengan kos sebanyak RM300 juta.

iii. membina jalan dan jambatan Sungai Sepang bagi menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang dengan kos projek RM160 juta.

v. menambah baik kemudahan jaringan lebuhraya ke Pengerang melalui pembinaan lorong memotong di Senai Desaru Expressway.

v. menaik taraf Lebuhraya Utara Selatan dari Yong Peng Utara ke Senai Utara – Fasa 1, Johor daripada empat kepada enam lorong dengan kos RM525 juta secara berfasa.

“Merealisasikan pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan KKR akan terus mengambil inisiatif-inisiatif yang selari dengan hasrat Kerajaan untuk mengimbangi pertumbuhan dengan konsolidasi fiskal yang mempunyai impak secara langsung kepada rakyat, penggiat industri pembinaan dan pembangunan sektor pembinaan itu sendiri bagi menghadapi
cabaran ketidaktentuan ekonomi global.

Ternyata, komitmen kerajaan jelas dalam memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara terus diberi keutamaan manakala agenda pertumbuhan ekonomi negara terus diperkasa dan diberi sokongan dalam fasa pemulihan dan pertumbuhan ini.” ujar KKR.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

CHARM terima RM80,000 daripada KBS

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...