AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2023 : Memperkasa Peranan KPKT Dalam Meningkatkan Kesejahteraan Masyarakat Malaysia Madani

210

PUTRAJAYA, 24 Februari 2023 – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyambut baik pembentangan Belanjawan 2023 oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada petang ini yang mengetengahkan nilai-nilai MADANI dalam menentukan hala tuju negara (set the direction), menyemai harapan (hope) dan membina keyakinan rakyat (build confidence).

KPKT telah menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM5.333 bilion pada tahun 2023 berbanding RM5.146 bilion (2022) iaitu peningkatan sebanyak 3.63% bersamaan RM186.9 juta.

YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan berkata, “KPKT komited untuk melaksanakan pelbagai inisiatif yang telah dirangka bagi memperkasa setiap lapisan masyarakat sama ada dari sudut ekonomi mahupun sosial”.

Tambah beliau, “Belanjawan 2023 yang reformis, progresif dan mesra rakyat ini memberikan mandat kepada KPKT untuk terus mengukuhkan agenda kesejahteraan rakyat dalam sektor perumahan, kebombaan, komuniti dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).”

Belanjawan 2023 dilihat terus memberi tumpuan kepada agenda daya huni di negara ini. Sebanyak 11 inisiatif melibatkan KPKT telah diumumkan seperti berikut :

1. Peruntukan RM50 juta bagi penggantian lif-lif yang telah usang di Program Perumahan Rakyat (PPR);

2. Peruntukan RM367 juta bagi pembangunan PPR baharu yang bakal memanfaatkan 12,400 bakal penghuni baharu;

3. Peruntukan RM15 juta disediakan untuk menyokong usaha NGO mengadakan kelas pemulihan untuk anak-anak PPR yang tercicir dalam pembelajaran;

4. Penyediaan capaian internet percuma di 56 PPR terpilih untuk manfaat komuniti setempat;

5. Peruntukan RM358 juta bagi pembinaan 4,250 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB);

6. Penyediaan jaminan Kerajaan untuk membantu peminjam yang tidak mempunyai pendapatan tetap melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). SJKP sedia menjamin sehingga RM5 bilion nilai pinjaman yang akan memanfaatkan 20 ribu peminjam;

7. Pengecualian duti setem bagi pemilikan rumah pertama dengan pengecualian sepenuhnya duti setem bagi rumah bernilai 500 ribu ke bawah dan pengecualian duti setem 75% bagi rumah bernilai lebih 500 ribu hingga RM1juta;

8. Peruntukan RM50 juta ringgit bagi membina baharu dan menaik taraf sebanyak 3,000 buah gerai dan kiosk bagi meningkatkan taraf sosioekonomi setempat serta meningkatkan pendapatan peniaga dan kutipan hasil PBT;

9. KPKT juga akan terus mempertingkatkan kecekapan mengurus dan memperkemas tahap kesiapsiagaan bencana di negara ini melalui peruntukan RM50 juta yang diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan RELA bagi penyediaan peralatan dan aset untuk menghadapi bencana;

10.Peruntukan RM20 juta di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti bagi memperkasa peranan komuniti sebagai kumpulan awal ketika bencana. Ia akan memberi manfaat kepada 2,000 persatuan penduduk; dan

11.Peruntukan RM30 juta bagi memperbanyakkan aktiviti berkaitan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals-SDGs). Ini termasuklah peruntukan sebanyak RM10 juta bagi menggerakkan program kebun komuniti di peringkat Parlimen bagi menyokong agenda keterjaminan makanan.

KPKT juga merakamkan penghargaan kepada Kerajaan di atas keprihatinan dalam sosio ekonomi warga PPR di mana sebanyak RM30 juta telah diperuntukkan bagi penggunaan platform Cloud Kitchen di bawah seliaan Yayasan Hasanah.

Pengumuman Kerajaan dalam Belanjawan 2023 jelas menunjukkan bahawa Kerajaan serius untuk meletakkan semula Malaysia di landasan yang betul supaya negara boleh bergerak maju ke hadapan. Pembaharuan dalam Belanjawan 2023 juga adalah bukti keprihatinan Kerajaan terhadap cabaran yang dihadapi rakyat dalam membina masa depan yang lebih baik untuk Malaysia.

Belanjawan 2023 juga akan dapat menyokong Pasukan KPKT untuk terus melaksanakan tujuh (7) bidang fokus utama KPKT merangkumi aspek Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kemampanan Bandar, Pengurusan Sisa Pepejal serta Perkhidmatan Kebombaan dengan lebih cemerlang demi kesejahteraan rakyat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...