AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2023 bukti komitmen Kerajaan Persekutuan perjuangkan kebajikan Sabah dan Sarawak

100
Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Perladangan Dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof / Foto FB Fadillah Yusof

24 Februari 2023 – Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Perladangan Dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof menyifatkan bahawa peningkatan peruntukan untuk Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2023 berbanding Belanjawan 2022 membuktikan komitmen dan kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di kedua-dua negeri berkenaan.

Menurut Fadillah dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, Sabah menerima peruntukan berjumlah RM6.5 bilion dalam Belanjawan 2023 berbanding RM5.16 bilion pada 2022, manakala Sarawak menerima peruntukan RM5.6 bilion pada 2023 berbanding RM4.67 bilion pada 2022.

“Belanjawan 2023 yang bertemakan Membangun Malaysia Madani juga, jelas membuktikan komitmen dan iltizam berterusan Kerajaan Persekutuan dalam memperkasakan pembangunan infrastruktur di kedua-dua negeri berkenaan.

Ini terbukti dengan sejumlah RM20 bilion diperuntukan untuk menerus dan menyegerakan pelaksanaan lebuh raya Pan Borneo Sabah dan Pan Borneo Sarawak serta Sabah Sarawak Link Road dengan jajaran lebih 1,000 kilometer.

Belanjawan 2023 memfokuskan kepada projek jalan utama Sabah Sarawak, jalan di sempadan dan menaiktaraf Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di sempadan Sabah, Sarawak dan Kalimantan, susulan Nusantara akan menjadi bandar baharu Kalimantan.” katanya.

Jelas Fadillah, usaha tersebut bagi menambah baik hubungan yang membuka pelbagai peluang di negara ini dan Kalimantan.

“Hubungan manusia kepada manusia, perniagaan dengan perniagaan dan Kerajaan kepada Kerajaan (G2G) akan dapat diperkukuhkan sekiranya logistik ditambah baik.” ujar Fadillah.

Beliau turut berkata menerusi Belanjawan 2023, Kerajaan Persekutuan juga terus komited dalam meneruskan rundingan dan melaksanakan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kerajaan telah bersetuju memuktamadkan Pemberian Khas Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan bagi Sarawak dengan jumlah pemberian khas sekurang-kurangnya RM300 juta. Sejak tahun 1973, kadar Pemberian Khas bagi Sabah dan Sarawak masingmasing kekal pada RM26.7 juta dan RM16 juta. Kerajaan Persekutuan juga komited dalam menyegerakan rundingan untuk formula baharu.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan menyerahkan kuasa melulus perolehan projek Persekutuan kepada Jabatan Teknik di Sabah dan Sarawak bagi projek sehingga RM50 juta. Ini akan memberi impak positif terhadap usaha mempercepat pembangunan di kedua-dua wilayah berkenaan.

Dari segi kemudahan kesihatan, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1.2 billion bagi penyelenggaraan 400 buah klinik daif dan 380 buah sekolah daif di kedua-dua negeri berkenaan.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Pemegang Saham sokong dua cadangan SCIB dalam EGM

KUCHING, SARAWAK, 27 Mac 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...