KUALA LUMPUR 20 Februari 2023 – Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengadakan
perjumpaan dengan kontraktor kecil G1, G2 dan G3 dari Kuala Lumpur dan Selangor di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kementerian Kerja Raya semalam.
Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan, perjumpaan itu adalah sebahagian usaha Kementerian sebagaimana konsep “industrial engagement” berinteraksi secara terus untuk mencari penyelesaian terhadap isu-isu dan cabaran yang dihadapi para kontraktor kecil dalam pelaksanaan projek-projek kerajaan dan juga swasta.
Kata KKR, menerusi sesi itu, kontraktor kecil dapat menyuarakan pandangan kepada Menteri Kerja Raya dan juga ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah Kementerian tersebut.
“Sesi libat urus dan interaksi ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan YB Menteri Kerja Raya dalam memastikan isu dan cabaran penggiat industri termasuk para kontraktor kecil dalam pelaksanaan projek-projek didengar dan dapat mencari solusi bersama secara berkesan serta berimpak. Inisiatif setiap tahun ini adalah sejajar dengan konsep Whole of Government/Whole of Society yang diangkat sebagai salah satu tonggak Malaysia Madani yang berteraskan kesamarataan akses, nilai yang dikongsi bersama serta upaya keprihatinan Kerajaan di atas kesukaran yang dihadapi penggiat industri dalam memperkukuh pembangunan Malaysia.
Majlis ini juga selaras dengan nilai Ihsan di bawah konsep Malaysia Madani iaitu keprihatinan dan bersikap peduli di atas kesukaran yang di hadapi golongan perniaga kecil dan seterusnya meneroka kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan isu dan cabaran yang mereka hadapi.” tambah KKR.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya Dato’ Zaharul Hakim bin Abdullah, Ketua Eksekutif Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Dato’ Ir. Mohd Shuhaimi Bin Hassan.
- Upgraded live historical drama makes hot attraction in north China winter tourism
- Empower Your Investment Journey with Bajaj Finserv’s New Easy-to-Use SIP Calculator
- PONCH Token listing marks a new era in explosive Ponchiqs gaming ecosystem
- Leading AI-driven Skin Analysis Provider EveLab Insight Partners with Dr. Idriss for Series of Retail Activations
- DHL Group’s GoHelp program conducts Disaster Response Team training in Sri Lanka to bolster regional preparedness
Leave a comment