PUTRAJAYA, 28 Januari 2023 – Bagi membantu golongan belia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup dan harga barang sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui melalui Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) telah merancang untuk mengadakan program Skills For Life.
Menurut KBS, program itu sejajar dengan inisiatif Kerajaan dalam menangani peningkatan kos sara hidup rakyat, terutamanya belia yang merangkumi golongan belia B40, M40, belia berisiko serta belia minoriti.
“Program Skills For Life dilaksana oleh ILKBS dengan menawarkan latihan kemahiran asas kepada komuniti, khususnya golongan belia setempat. Latihan kemahiran asas yang akan diadakan dengan menggunakan kaedah ‘Do It Yourself’ dilaksana pada hujung minggu bulan Februari hingga Mac 2023 ini.
Sebanyak 22 aktiviti telah dirancang oleh 22 ILKBS seluruh Malaysia yang merangkumi antaranya senggaraan elektrik yang asas, pembaikan asas kenderaan dan penyaman udara, menggunting rambut, serta penyediaan masakan tradisional.” kata KBS.
Hari ini merupakan kick-off program Skills For Life dan sebagai permulaan KBS telah mengadakan program tersebut di Putrajaya dengan melibatkan kemahiran asas menggunting rambut dan personel, iaitu Men’s Haircut: High Fade Style oleh IKBN Kemasik serta Night Glam Makeup oleh IKBN Peretak.
KBS turut menampilkan antara bakat-bakat graduan ILKBS yang merupakan pemenang pingat emas dan perak dalam WorldSkils Malaysia Belia (WSMB) Tahun 2022.
Program pada hari ini turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalannya Adam Adli.
- Tsim Sha Tsui Ranked the World’s Fourth Most Expensive Shopping Street
- 2024 Triggers First-Ever Insurance Payout for Disaster Fund
- Oil market dynamics and future trends with global broker Octa
- Relive the Golden Era of Canto Pop: DF Reunion Concert Brings the Magic Back
- The power of television in bridging borders, families, and generations
Leave a comment