Home Belia Program Skills For Life bantu golongan belia hadapi cabaran peningkatan kos sara hidup
BeliaHighlightsMY LNA

Program Skills For Life bantu golongan belia hadapi cabaran peningkatan kos sara hidup

Kick-off Program Skills For Life - Men’s Haircut: High Fade Style oleh IKBN Kemasik .Foto oleh IJAI

PUTRAJAYA, 28 Januari 2023 – Bagi membantu golongan belia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup dan harga barang sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui melalui Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) telah merancang untuk mengadakan program Skills For Life.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ditemuramah media di Program Skills For Life pada hari ini. Foto oleh IJAI

Menurut KBS, program itu sejajar dengan inisiatif Kerajaan dalam menangani peningkatan kos sara hidup rakyat, terutamanya belia yang merangkumi golongan belia B40, M40, belia berisiko serta belia minoriti.

“Program Skills For Life dilaksana oleh ILKBS dengan menawarkan latihan kemahiran asas kepada komuniti, khususnya golongan belia setempat.  Latihan kemahiran asas yang akan diadakan dengan menggunakan kaedah ‘Do It Yourself’ dilaksana pada hujung minggu bulan Februari hingga Mac 2023 ini.

Sebanyak 22 aktiviti telah dirancang oleh 22 ILKBS seluruh Malaysia yang merangkumi antaranya senggaraan elektrik yang asas, pembaikan asas kenderaan dan penyaman udara, menggunting rambut, serta penyediaan masakan tradisional.” kata KBS.

Hari ini merupakan kick-off program Skills For Life dan sebagai permulaan KBS telah mengadakan program tersebut di Putrajaya dengan melibatkan kemahiran asas menggunting rambut dan personel, iaitu Men’s Haircut: High Fade Style oleh IKBN Kemasik serta Night Glam Makeup oleh IKBN Peretak.

KBS turut menampilkan antara bakat-bakat graduan ILKBS yang merupakan pemenang pingat emas dan perak dalam WorldSkils Malaysia Belia (WSMB) Tahun 2022.

Program pada hari ini turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalannya Adam Adli.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

BizMY LNA

KOPERASI GTR & SIME DARBY OILS JALIN KERJASAMA PERKENAL MARJERIN EKSKLUSIF JENAMA ALIF UNTUK GTR BURGER

PETALING JAYA, 20 Mac 2023 – Koperasi GTR dan Sime Darby Oils...

HighlightsMY LNASains, Teknologi & KomunikasiSekuriti Makanan

Tapak Akuaponik Berteknologi Nano – Floraponic Farm Malaysia @ Manong

MANONG, PERAK, 19 Mac 2023 – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI),...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

HighlightsMY LNATourism

Tourism Malaysia – Air Asia Collaboration Brings Taiwanese Influencers And Bloggers To Promote Malaysia

PUTRAJAYA, 17 March 2023 – In collaboration with Air Asia, Tourism Malaysia...