AMBM @ MY LNAUTAMA

PCDS 2030 memacu Sarawak berkembang maju – Abang Johari

185
Premier serta tetamu kehormat dan salah seorang penerima anugerah tokoh usahawan pada malam tersebut. Kredit Foto Lance Dunstan (BKVS Japen)

KUCHING, 14 Januari 2023 – Kewujudan Dasar Post Covid-19 Development Strategy (PCDS) 2030 adalah hasil daripada interaksi pemegang taruh berkenaan ekonomi Sarawak bagi memulihkan ekonomi serta memberi hala tuju jelas dalam memajukan Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak 2022 bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di sini baru-baru ini.

Tambah Abang Johari, PCDS 2030 mempunyai haluan ke arah kemajuan Sarawak pada tahun 2030 dalam memastikan Sarawak menjadi negeri termaju di Malaysia dengan pendapatan yang tertinggi.

Beliau amat yakin Sarawak dapat mencapai impian tersebut memandangkan Sarawak mempunyai banyak sumber asli yang boleh digunakan untuk menggalakkan pembagunan ekonomi bagi mentransformasikan Sarawak.

Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak 2022 kali ke-6 telah diadakan yang kini berusia 13 tahun daripada pengasasannya pada tahun 2011 dan merupakan usaha baik dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) serta Idris Ibrahim & Co (IIG) sebuah firma juruaudit tempatan yang bertauliah sebagai penganjur utama.

Sepanjang anugerah ini berlangsung penganjur menerima 256 penyertaan dari seluruh Sarawak dan selepas penilaian, hanya 31 peserta yang telah disenarai pendek ke peringkat akhir.

Tumpuan diberikan kepada sejarah keusahawanan calon, keunikan kepimpinan, kekuatan perniagaan menghadapi cabaran dan sumbangan kepada impak ekonomi negeri Sarawak.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah isteri Premier, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Malcolm Mussen Lamoh, Presiden DUBS, Datu Abang Helmi Tan Sri Ikhwan dan Ketua Dewanita DUBS, Juita Drap.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...