Home AM Lawatan Kerja Rasmi YB Menteri MOTAC Ke Melaka
AMMY LNAPelanconganSeni dan Budaya

Lawatan Kerja Rasmi YB Menteri MOTAC Ke Melaka

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YB Dato Sri Tiong King Sing mengadakan lawatan kerja sehari ke Melaka. Kredit Foto UKK MOTAC

14 Januari 2023 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YB Dato Sri Tiong King Sing mengadakan lawatan kerja sehari ke Melaka. Hadir sama dalam lawatan ini ialah YBhg. Datuk Hajah Saraya Arbi, Ketua Setiausaha bersama pasukan kerja MOTAC, Jabatan dan Agensi di bawahnya.

Antara agenda yang dirancang termasuklah lawatan ke agensi di bawah MOTAC iaitu Hotel Seri Malaysia dan Kompleks Kraftangan Malaysia yang memaparkan demonstrasi kraf, anyaman rotan, mencanting batik serta lawatan ke Galeri Jualan Karyaneka. Delegasi MOTAC yang diketuai YB Menteri ini juga turut mengadakan lawatan ke lokasi-lokasi tarikan utama pelancong iaitu Taman Seribu Bunga, Muzium Sejarah & Ethnografi, Galeri Warisan dan Tourist Information Centre (TIC).

YB Menteri seterusnya mengadakan lawatan ke Jonker Walk Melaka yang mana sedikit taklimat ringkas diberikan oleh Datuk Wira Gan Tian Loo, Pengerusi Jawatankuasanya. YB Menteri turut meluangkan masa menyempurnakan perasmian Taman Warisan Dunia Jonker Walk Melaka.

Kawasan Jonker Walk yang sememangnya popular dalam kalangan pelancong asing mahupun domestik diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 2008. Sejumlah RM1 juta diperuntukkan oleh Kerajaan pada tahun 2010 untuk membina Taman Warisan Dunia Jonker Walk yang meliputi Pentas Utama Jonker Walk dan Pintu Gerbang Jonker Walk. Pada tahun 2022, MOTAC telah menambah peruntukan sebanyak RM 250 ribu untuk menaiktaraf Taman Warisan Dunia Jonker Walk termasuklah membaikpulih pintu gerbang, bumbung, tandas awam, penggantian jubin lantai dan papan tanda. Uniknya di sini ialah terdapat sepasang ‘singa batu’, dihadiahkan oleh Nanjing Municipal People’s Government.

Pada sebelah malamnya, diadakan upacara penyalaan Tanglung Nyonya Terbesar yang menerima pengiktirafan Anugerah Malaysia Book of Records. Lawatan kerja diakhiri dengan Majlis Perasmian Karnival Tahun Baru Cina dan sesi walkabout oleh YB Menteri di Uptown Jonker Walk Melaka. Hadir dalam sesi walkabout ini bagi menyampaikan salam perayaan Tahun Baru Cina ialah Persatuan Hainan Melaka, Persatuan Teo Chew Melaka, Persatuan Lei Zhou Melaka, Persatuan Char Yong Melaka, Persatuan Lim Melaka, Persatuan Lai Clan Ancestral Hall Melaka dan Persatuan Hokkien Melaka.

Menerusi lawatan kerja ini, MOTAC komited untuk terus membantu membangunkan dan mempromosikan Melaka sebagai salah satu destinasi pelancongan unggul di Malaysia. Perhatian akan diberikan dalam mengetengahkan keunikan seni, budaya dan warisan negeri Melaka, produk-produk pelancongan serta kepelbagaian gastronomi sebagai pemangkin utama pertumbuhan sektor pelancongan dan kebudayaan negara.

“Adalah menjadi harapan saya, dengan adanya lawatan kerja seperti ini, secara tidak langsung ia turut mempromosikan tempat-tempat yang saya lawati di sekitar negeri Melaka. Kita di MOTAC mahu membantu kesemua yang terlibat dalam ekosistem pelancongan, seni dan budaya agar terus utuh dan mampu menaik taraf hidup dengan lebih maju lagi,” jelas YB Dato Sri Tiong King Sing.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMCOVID-19Kesihatan

COVID-19 : Jumlah penerima dos penggalak kedua meningkat

1 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMEkonomiHighlightsMY LNAPengguna

Inisiatif Menu RAHMAH dilancarkan

SUBANG JAYA, 31 Januari 2023 – Inisiatif Menu RAHMAH yang telah diumumkan...

AMBeliaHighlightsMY LNASukan

Sesi dialog awam bukti komitmen KBS dalam mengangkat martabat sektor sukan negara

PUTRAJAYA, 31 Januari 2023 – Satu sesi dialog awam Menteri Belia Dan...

AMMY LNASekuriti Makanan

Keterjaminan Sumber Makanan: Rusia Dan Malaysia Komited Tingkatkan Kerjasama Dua Hala

PUTRAJAYA, 31 JANUARI 2023 – Rusia dan Malaysia berazam mahu meningkatkan kerjasama...