AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Kerajaan komited memartabatkan isu MA63

88
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media selepas Mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri, 4 Januari 2023. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 4 DISEMBER 2023 – Kerajaan telah memutuskan supaya siri rundingan terdahulu berkaitan Perjanjian Malaysia (MA63) diteruskan di peringkat pegawai untuk tindakan Kementerian dan Agensi, seterusnya akan dibawa ke Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) atau Mesyuarat Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof berkata dalam satu kenyataan hari ini, ia adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pada sidang media pasca Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini.

“Apa yang telah dipersetujui dan diluluskan oleh Jemaah Menteri ialah memperkasakan Platform Perundingan Tertinggi sebagai Platform Agenda Tindakan Pelaksanaan Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri sendiri dan melibatkan Premier Sarawak serta Ketua Menteri Sabah. Mesyuarat pertama dijadualkan pada Februari 2023 yang juga akan menjadi lawatan rasmi pertama Perdana Menteri ke-10 ke Sarawak.

Manakala bagi Jawatankuasa Teknikal MA63 yang dipengerusikan oleh saya sendiri, akan melihat dan meneruskan perbincangan dengan semua agensi serta memuktamadkan semua perkara yang belum diputuskan untuk di bawa ke MTPMA63. Apa yang sudah dimuktamadkan ialah proses penyerahan kuasa kawal selia gas kepada Kerajaan Negeri Sabah dengan ia juga sudah mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 27 Disember 2022.

Kabinet juga telah bersetuju untuk menambahbaik peruntukan di dalam Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan melibatkan Pemberian Khas kepada Sabah dan Sarawak. Formula dari segi jumlah kenaikan pemberian khas ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat yang akan dipengerusikan YAB Perdana Menteri di Kuching Februari nanti.” kata Fadillah.

Namun secara prinsipnya, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk mempertimbangkan penambahbaikan Pemberian Khas sedia ada kepada kedua-dua negeri berkenaan.

Tambah Fadillah, Jemaah Menteri juga telah bersetuju mengiktiraf agensi teknikal di Sabah dan Sarawak dengan Jabatan Kerja Raya Sabah dan Sarawak diiktiraf sebgai Jabatan Teknik.

“Dengan pengiktirafan ini JKR Sabah dan Sarawak diberi kuasa mentadbir urus projek-projek pembangunan persekutuan pada kadar sehingga RM50 juta.

Kerajaan turut memberi komitmen untuk meneruskan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dan Sabah yang merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk menambahbaik secara berperingkat jaringan infrastruktur jalan persekutuan di Sabah
dan Sarawak. Projek pan Borneo Sarawak kini sudah 91 peratus siap, manakala projek Pan Borneo Sabah sudah 73 peratus siap.

Kerajaan juga komited dalam meneruskan Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) yang terbahagi kepada dua fasa iaitu SSLR Fasa 1 (Lawas-Persimpangan Long Lopeng), kini sudah 10 peratus siap dan SSLR Fasa 2 serta Lebuhraya Trans Borneo yang melibatkan Miri-Limbang-Lawas. Trans Borneo akan dimulakan sebaik sahaja Kementerian Kerja Raya selesai melantik kontraktor yang dijangka akan dimuktamadkan pada 2024.” ujar Fadillah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...