PUTRAJAYA, 15 Disember 2022 – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan bahawa Sistem D-Media yang berperanan sebagai hab tunggal bagi informasi digital yang mesra pengguna, interaktif dan terkini kepada pengamal media di Malaysia mula digunakan secara rasminya pada 12 Disember 2022 (Isnin).
Menurut JAPEN dalam satu siaran media yang diedarkan semalam, sistem tersebut meliputi penyampaian maklumat secara digital sepenuhnya kepada pihak media seperti Nota Kepada Pengarang, Siaran Media, Kenyataan Media dan Pusat Media yang dimuat naik oleh kementerian/ jabatan/ agensi kerajaan.
“Pembangunan sistem ini juga selari dengan perkembangan kemajuan komunikasi digital seterusnya sebagai satu kemudahan kepada pengamal media dalam menerima maklumat dengan lebih pantas dan semasa. Sistem D-Media boleh diakses oleh pengamal media dan juga orang awam melalui pautan https://dmedia.penerangan.gov.my/.
Ini merupakan perkhidmatan penyampaian maklumat yang ditawarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama kementerian/ jabatan/ agensi kerajaan bagi memudahkan pengurusan makluman media seluruh Malaysia.” kata JAPEN.
Di halaman web Sistem D-Media tersebut, memaparkan Nota Kepada Pengarang, Siaran Media, Kenyataan Media dan juga Pusat Media.
Manakala dalam menu D-Media pula para pengunjung halaman web tersebut boleh melihat senarai agensi media yang ada di negara ini iaitu Media Rasmi Kerajaan, Media Tempatan dan Media Atas Talian.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment