KUALA LUMPUR, 15 Disember 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan ke Bank Negara Malaysia (BNM) semalam untuk mendengar taklimat mengenai prospek, tantangan serta tumpuan dasar ekonomi negara saat ini.
Beliau turut diiringi oleh kedua-dua Timbalan Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan.
“Saya dimaklumkan mengenai keadaan ekonomi negara yang kembali mengukuh pasca COVID-19.
Namun, kerajaan mesti memikirkan cabaran semasa kepada ekonomi negara dengan mengambilkira risiko-risiko seperti pertumbuhan global yang lembab, konflik dan masalah geopolitik di peringkat antarabangsa yang terus memburuk serta gangguan kepada rantaian bekalan makanan.
Kerajaan akan bertindak segera dengan pendekatan jangka pendek dan jangka panjang bagi mendepani permasalahan ini.” kata Anwar dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau.
Tambah beliau, usaha dan upayanya adalah memastikan reformasi struktur ekonomi dijelmakan dengan teratur bagi merancakkan pertumbuhan serta memperkukuh asas-asas ekonomi negara.
“Menarik pelaburan yang berkualiti, peralihan kepada ekonomi rendah karbon, mempertingkat perlindungan sosial, memantapkan daya tahan fiskal menjadi antara pendekatan dan langkah yang diambil.
InshaAllah, langkah-langkah ini dilaksanakan dengan dukungan BNM dan semua jabatan yang berkaitan.” ujar Anwar.
1 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...
By hebahan amFebruary 1, 2023SUBANG JAYA, 31 Januari 2023 – Inisiatif Menu RAHMAH yang telah diumumkan...
By hebahan amJanuary 31, 2023PUTRAJAYA, 31 Januari 2023 – Satu sesi dialog awam Menteri Belia Dan...
By Azmi SallehJanuary 31, 2023PUTRAJAYA, 31 JANUARI 2023 – Rusia dan Malaysia berazam mahu meningkatkan kerjasama...
By E NEWSJanuary 31, 2023
Leave a comment