AMBM @ MY LNALuar Bandar @ My LNA

MEMBINA BUDAYA INOVASI WARGA KKDW

209

PUTRAJAYA, 15 Disember 2022 – Dalam usaha menyemarakkan budaya inovasi dalam kalangan warga kerja, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menganjurkan Hari Inovasi 2022 sebagai menghargai inisiatif Agensi, Bahagian dan Unit di bawah KKDW mentransformasikan perkhidmatan awam untuk merealisasikan agenda pembangunan luar bandar.

Menurut Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Seri Ramlan Datuk Harun, kepelbagaian produk inovasi membantu meningkatkan kecekapan perkhidmatan untuk manfaat kepada masyarakat. Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis berkenaan di bangunan kementerian tengahari semalam.

Tujuh kategori anugerah kualiti dan inovasi dipertandingkan dalam kalangan KKDW dan agensi dibawahnya iaitu;

1. ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM KATEGORI PENGURUSAN

Tempat pertama diraih Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dengan inovasi membangunkan Sistem E-Perjalanan yang mempercepatkan urusan permohonan warga KEDA yang terlibat dengan urusan luar kerja.

Tempat kedua Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui SISTEM PEROLEHAN yang direka untuk memudahkan proses perolehan dan menjimatkan penggunaan kertas.

Manakala tempat ketiga dimenangi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) melalui SISTEM PENGURUSAN PERJANJIAN yang berfungsi sebagai pangkalan data untuk semua urusan perjanjian melibatkan anah, rumah, sewaan dan sebagainya.

2. ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM KATEGORI TEKNIKAL

Tempat pertama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Kota Tinggi mencipta INOVASI PITA PINTAR. Alatan yang mempunyai pelbagai fungsi seperti ukur lilit pokok getah, jadual keremajaan pokok, kaedah buka panel torehan, panduan kawalan tanda kulit bulanan dan imbasan QR-Code bagi merekod ukur lilit.

Tempat kedua MRSM Terendak dengan LIGHTNING ALARM DANGEROUS STRIKE ALERT SYSTEM-LADSA. Sistem ini digunakan untuk memberi amaran kepada orang di sekeliling tentang kehadiran panahan kilat berbahaya yang membolehkan mangsa sempat mencari perlindungan untuk menyelamatkan nyawa.

Tempat ketiga PERDA-TECH dengan Aplikasi Automasi Rumah Pintar (Smart Home) dalam industri penternakan. Sistem bersepadu IOT membantu dalam memantau dan mengawal atribut rumah seperti pencahayaan, persekitaran sekitar termasuk keselamatan dan sistem penggera.

3. ANUGERAH KUALITI PENGURUSAN PERPUSTAKAAN TERBAIK

Pula diungguli Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tempat kedua Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan tempat ketiga Institut Kemajuan Desa (INFRA).

4. ANUGERAH KUALITI TADBIR URUS BAHAGIAN TERBAIK

Diraih Bahagian Pengurusan Sumber Manusia manakala tempat kedua Bahagian Akaun dan tempat ketiga Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah.

5. ANUGERAH KUALITI PENGURUSAN PEJABAT KKDW NEGERI TERBAIK

Dimenangi PKN Johor, tempat kedua PKN Utara dan ketiga PKN Sarawak.

6. ANUGERAH KUALITI PENGURUSAN PUSAT KOMUNITI DESA (PKD) TERBAIK

Tempat pertama PKD Layang-Layang, Johor, kedua PKD Air Putih, Terengganu dan tempat ketiga PKD Sungai Lang Tengah, Selangor.

7. ANUGERAH KUALITI PENILAIAN OUTCOME TERBAIK

Tempat pertama RISDA dengan Pembangunan Infrastruktur Pemasaran (PIP) Zon Timur, Tempat Kedua MARA melalui Program Pembangunan Usahawan Professional (ProSPEC) dan tempat ketiuga MARA dengan Industry Boot Camp (IBC).

Agensi-agensi di bawah KKDW juga mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa dan tempatan dengan penglibatan aktif menyertai program inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya:

MARA menyertai lima program inovasi peringkat antarabangsa iaitu The 47th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2022 KIK di Jakarta, Indonesia (4 Emas); 15th International Inventions & Innovation Shows INTARG 2022 di Poland (2 Emas,2 Perak dan 2 Anugerah Khas), The 48th Geneva International Exhibitionof Inventions 2022 di Switzerland (1
Emas dan 3 Perak); Malaysia Technology Expo (MTE 2022) di Kuala Lumpur (9 Emas, 6 Perak, 9 Gangsa dan 3 Anugerah Khas); dan Malaysia Technology Expo (MTE2022)SDG International Innovations Awards di Kuala Lumpur (2 Emas dan 3 Perak).

MARA juga telah menyertai dua program inovasi peringkat Kebangsaan iaitu Konvensyen ICC / KIK Malaysia 2022“Road to Beijing: ICQCC2023” di Kuala Lumpur; danVirtual MRANTI World Engineer Day 2022 di Kuala Lumpur (Grand Prize dan Tempat Ketiga).

RISDA pula menyertai Innovation dan Invention Competition through Exhibition(iComplex) di Kedah (Naib Johan dan Gold Medal).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...