BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

ALAMANDA MEMBAWAKAN KERIANGAN KRISMAS KEPADA KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK

76

PUTRAJAYA, 15 Disember 2022 – Sempena sambutan perayaan Hari Krismas, Pusat Membeli belah Alamanda (Alamanda) meraikan keceriaan perayaan bersama kanak- kanak dari Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai, Selangor.

Pada 14 Disember 2022, sekumpulan kanak kanak serta belia berumur di antara 3 dan 18 tahun telah diraikan dengan sambutan perayaan yang cukup bermakna di Alamanda. Mereka telah disantuni oleh pihak pengurusan setibanya mereka di perkarangan Alamanda.

Untuk memeriahkan lagi majlis tersebut, kanak-kanak kecil telah dibawa menaiki tunggangan permainan di dalam pusat membeli belah sebelum dibawa ke Centre Court untuk menyaksikan persembahan silap mata. Sejurus selesai persembahan tersebut, mereka kemudiannya dihadiahkan dengan hadiah Krismas oleh Pengurus Besar Alamanda, Pang Sook Fong. Acara itu menjadi lebih bermakna lagi apabila rakan niaga yang lain turut menyumbang snek dan barangan lain kepada kanak-kanak ini. Sebelum majlis selesai, mereka disajikan dengan makan tengahari yang istimewa di Secret Recipe.

Andrew Brien, Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd berkata, “Memandangkan musim Krismas sudah tiba, kita harus sentiasa ingat bahawa ramai di luar sana yang kurang bernasib baik. Oleh sebab ini dan sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR), kami berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada kanak-kanak ini dan kami berharap majlis ini akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk mereka.”

Brien menambah, “Tetapi nilai sebenar bukanlah tentang hadiah, tetapi niat di sebaliknya – yang diberikan dengan penuh kasih sayang, sama seperti hari ini.”

Puan Viviliyah Rajan, selaku penjaga Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai Selangor berkata, “Layanan istimewa daripada Alamanda ini begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini. Ketika orang lain berpeluang meraikan Krismas bersama yang tersayang, kanak-kanak ini menyambutnya kali ini bukanlah hanya sekadar menerima angpow atau barangan, tetapi layanan dah perhatian yang istimewa.”

Lagi Berita Gaya Hidup :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...