AMPengguna @ My LNA

Persidangan Pengguna Forum Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (Cfm); “Pengguna Berilmu, Pengguna Bijak”

133

KUALA LUMPUR, 7 DISEMBER 2022 – Forum Pengguna Komunikasi & Multimedia Malaysia (CFM) telah mengadakan persidangan pengguna buat julung kali pada 2-3 Disember bagi meningkatkan dan memperluaskan tahap kesedaran di kalangan pengguna komunikasi dan multimedia di negara.

Pengerusi CFM, En. Muhammad Radzillah Abdullah berkata, “CFM sudah beroperasi selama 21 tahun dan kini sudah sampai masa untuk kami meningkatkan usaha dan peranan kami sebagai organisasi yang membela hak pengguna dan memastikan pengguna diberikan maklumat yang diperlukan untuk betul-betul memahami apa yang ditawarkan kepada mereka dan apa kesannya jika mereka membuat pilihan atau mengambil tindakan tertentu. Ramai yang masih tidak sedar atau tidak faham dan kemudiannya merasakan diri sudah tertipu. Disebabkan itu persidangan ini mempunyai tema “Pengguna Berilmu, Pengguna Bijak”.

Persidangan Pengguna ini telah dirasmikan oleh YBrs. En. Kamarudin Abdul Rani, Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pematuhan bagi mewakili YBhg. Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Digital dan melibatkan beberapa sesi yang menyentuh/mengenegahkan isu kepenggunaan dalam industri, makluman pembangunan teknologi yang terkini dan juga isu-isu yang hangat diperkatakan di dalam digital era masa kini. Antara sesi pembentangan dan dialog yang diadakan termasuk “5G; What Lies Ahead”, “Protecting The Consumer; Terms And Terminology”, yang berfokuskan syarat dan perkataan/ungkapan dalam kontrak atau iklan yang boleh mengelirukan pengguna, “Scams”, “Broadcasting; The Bigger Picture” serta “Data Privacy, Security And Digital Rights”.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana Persidangan ini menerima sokongan padu daripada semua pihak. Panelis kami termasuk Ketua Pegawai Eksekutif daripada organisasi seperti Media Prima, MyDIGITAL, The IO Foundation dan YTL Comms Sdn Bhd, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data, Ketua Pegawai Sumber Manusia dari Digital Nasional Berhad, Presiden Persatuan Pengguna (CAKE) dan Persatuan Suara Pengguna Sabah (CFOS), Timbalan Pengerusi Tribunal Tuntutan Pengguna, ketua-ketua jabatan dan bahagian dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), PDRM dan sesi dikendalikan oleh barisan akademik dari beberapa institusi pengajian tinggi. Gandingan hebat ini merancakkan perbincangan dalam setiap sesi sehingga kami kesuntukan masa untuk menghabiskan setiap topik yang telah dirancang” ujar En. Muhammad Radzillah.

Pada masa yang sama, CFM juga melancarkan skuad sukarelawan ‘CFM Rangers’. Sebagai permulaan, sukarelawan ini diambil daripada golongan para pelajar daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknikal Malaysia (UTem), Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTECH) Shah Alam tetapi keahlian dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. En Muhammad Radzillah turut berkata, “CFM mempunyai ahli di hampir setiap negeri dan mereka akan merekrut Rangers daripada penduduk setempat. Ini akan memudahkan capaian kepada semua pengguna di setiap pelusuk negara dan pada masa yang sama, dapat menyokong dan akan memainkan peranan dalam menyalurkan aduan berkenaan dengan telekomunikasi dan multimedia kepada pihak yang berkenaan di samping memberikan saranan, bantuan dan pandangan secara terus kepada pengguna. Sebelum ini Rangers sudahpun menyokong atau menjalankan program dengan KPDNHEP di Kedah, pejabat negeri SKMM di Negeri Sembilan, serta program Kementerian Komunikasi Digital di Sabah. Insya Allah untuk tahun hadapan seterusnya, aktiviti CFM Rangers akan diperluaskan ke negeri-negeri lain.”

Pada hari terakhir program, Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-21 telah diadakan sebagai penutup untuk program bagi tahun 2022.

Lagi Berita Pengguna :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...