AMPengguna @ My LNA

KPDN tumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi

81

PUTRAJAYA, 13 Disember 2022 – Aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi berjaya ditumpaskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam satu serbuan yang dilakukan ke atas sebuah premis tanpa nama yang disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang, Selangor pada 12 Disember 2022.

Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Azman bin Adam dalam satu kenyatan hari ini, serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa daripada KPDN Putrajaya bermula kira-kira jam 1.15 petang.

Katanya ketika serbuan dilakukan tiada individu/orang ditemui berada di dalam premis terbabit namun terdapat sebuah lori yang didapati telah diubahsuai dan dua (2) buah tangki (skid tank) yang berada di dalam premis terbabit.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas lori dan tangki (skid tank) terbabit, pasukan serbuan telah menemukan minyak diesel dengan kuantiti keseluruhan berjumlah 23,325 liter selain pam bermotor, sebuah kereta dan beberapa peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan minyak diesel.

Minyak diesel, kenderaan lori dan kereta serta peralatan-peralatan lain yang ditemui di lokasi serbuan telah disita bagi tujuan siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 102,000.00.

Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti individu/syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut termasuklah sumber minyak diesel ini diperolehi dan diedarkan.” kata Azman.

Lagi Berita Pengguna :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...