Home MY LNA AM KPKT GIAT MEMASTIKAN LAMAN SESAWANG PBT-PAY DIPERLUASKAN KEPADA 155 PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI SELURUH NEGARA 
AMMY LNA

KPKT GIAT MEMASTIKAN LAMAN SESAWANG PBT-PAY DIPERLUASKAN KEPADA 155 PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI SELURUH NEGARA 

PUTRAJAYA, 13 Disember 2022 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan YB Tuan Nga Kor Ming (KM) mengumumkan usaha pendigitalan sedang giat dilaksanakan untuk meningkatkan perkhidmatan PBT khususnya bagi memudahkan orang ramai membuat bayaran secara atas talian. 

Selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah KPKT telah melancarkan laman web PBTPay dengan pautan 99 kerajaan tempatan melalui penyelidikan dan pembangunan dalaman, agar mempermudahkan urusan orang ramai untuk membayar cukai rumah (cukai taksiran), yuran lesen kerajaan tempatan dan kompaun di seluruh negara secara dalam talian tanpa perlu beratur di kaunter. 

“Sebagai contoh, orang yang tinggal di Pulau Pinang boleh membayar cukai taksiran di Johor melalui PBT Pay, menjimatkan masa dan usaha.” 

Beliau berkata, laman web PBTPay menyediakan perkhidmatan kaunter elektronik berkualiti tinggi, dan dilengkapi sistem peringatan SMS, yang memberi banyak kemudahan kepada rakyat. 

Setakat ini, sebanyak 99 majlis daerah dan bandar di seluruh Semenanjung Malaysia telah mengambil bahagian dalam sistem PBTPay, dengan sejumlah 2.4 juta pengguna berdaftar. 

Selain itu, jumlah kutipan PBTPay juga meningkat dari tahun ke tahun, daripada RM5 juta pada 2020 kepada RM168 juta pada 2022, iaitu sebanyak 32 kali ganda. 

Beliau mengarahkan JKT untuk membuat penambahbaikan dalam tiga aspek, iaitu meningkatkan pengalaman pengguna PBTPay, mengukuhkan perlindungan keselamatan maklumat, dan menyediakan lebih banyak aktiviti untuk meningkatkan jumlah penggunaan laman web. 

“Bergerak ke hadapan, saya juga akan memastikan lebih banyak majlis daerah dan bandar menyertai PBTPay, khususnya PBT di Sabah dan Sarawak supaya rakyat di seluruh negara boleh mengendalikan pembayaran harian untuk urusan awam dengan satu jari.” kata YB KM selepas mendengar taklimat JKT semalam. 

Beliau menegaskan bahawa pendigitalan sektor awam untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan kerja telah menjadi trend utama dalam pembangunan global. 

YB KM menggalakkan pegawai di Kementerian agar meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dengan menggunakan analisis data besar untuk membuat keputusan yang lebih sesuai dan bijak, untuk memenangi kepercayaan dan keyakinan rakyat. 

Beliau menegaskan bahawa Kementerian akan meneruskan usaha mempromosi laman web PBTPay dengan meningkatkan pengalaman pengguna laman web, mengukuhkan perlindungan keselamatan maklumat serta menggalakkan lebih ramai majlis daerah dan bandar menyertai sistem tersebut. 

Lagi Berita Pengguna :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

OPV1 Uji Kemampuan dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat

PULAU PINANG, 30 November – Kapal Peronda Luar Persisir Pertama (OPV1) turut...

Health @ My LNAHighlightsMY LNAMy LNA EnglishOpinion @ My LNA

Their quality of life depends on their oral health

By: Dr. Nur Fauziani Zainul Abidin  As we observe World AIDS Day,...

AMEkonomi @ My LNAKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Islamofobia penyebab sekatan produk halal di India?

Oleh: Prof. Madya Dr. Zalina Zakaria Baru-baru ini, berkuatkuasa pada 18 November...

Health @ My LNAHighlightsMY LNAMy LNA EnglishOpinion @ My LNA

Reduce stunting in children by empowering mothers

By: Dr. Romi Bhakti Hartarto Child malnutrition has become a primary concern...