BM @ MY LNAFesyen @ My LNAGaya Hidup @ My LNA

Lewré Bespoke Mempersembahkan Hasil Kraft Buatan Tangan Koleksi ‘Garden Of Eden’ Di Hadapan Sultanah Kalsom & Dato’ Suriani

225

KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER – Lewré Bespoke mempersembahkan penampilan pertama koleksi kasut baharunya yang indah ‘Garden of Eden’ di hadapan Y.A.M Sultanah Hajjah Kalsom Binti Abdullah, Mantan Permaisuri Sultanah Pahang & Penaung Lewré Bespoke dan YBhg. Dato’ Suriani Binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) pada majlis pelancaran kedai flagship pertama Lewré Bespoke- sebuah galeri seluas 3,600 kaki persegi yang disediakan untuk pengguna dengan kemudahan yang tinggi, mewah dan akan memberikan pengalaman membeli belah yang lain daripada yang lain.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran, Lewré Bespoke telah memikat tetamu dengan memperkenalkan buat kali pertama, koleksi kasut baharunya yang indah, ‘Garden of Eden‘ yang diilhamkan oleh kisah alkitabiah dari the book of Genesis, yang menggunakan estetika bunga dan haiwan. Koleksi kasut ini menampilkan 18 reka bentuk versatil, yang mampu menawan semua orang dengan palet yang komprehensif. Daripada rona biru dan merah yang menyerlah kepada tona warna kulit dan merah jambu, koleksi baharu ini menampilkan gubahan yang pasti akan menarik perhatian mata yang memandang apabila dipakai pada bila-bila masa dan dimana jua.

Koleksi ini termasuk pasangan-pasangan kasut dengan reka bentuk yang elegan dan menarik perhatian yang diilhamkan daripada burung merak, dan juga diilhamkan oleh estetika bunga yang direka menggunakan 1,400 kristal Austria yang dijahit dengan tangan pada setiap kelopak. Reka bentuk ini mencerminkan ketukangan Lewré Bespoke yang abadi dan unggul; semua produk dibuat dengan teliti, menyepadukan reka bentuk manik yang rumit dan reka bentuk yang canggih ke dalam setiap pasang kasut.

Lewré yang telah lama ditubuhkan dan dikenali sebagai satu jenama yang berjaya, dengan produk yang dijual di kebanyakan pusat membeli-belah dan gedung serbaneka utama di seluruh Malaysia. Memandangkan Lewré menyasarkan pada pasaran besar-besaran, Lewré Bespoke pula merupakan nama di bawah Lewré yang memberi tumpuan khas kepada pasaran mewah, yang disasarkan untuk pengguna yang menghargai penyesuaian dan eksklusiviti; sejajar dengan slogan kedai utama mereka, ‘It’s very personal‘. Dilengkapi dengan pengimbas berteknologi tinggi dan teknologi AI, Lewré Bespoke Flagship Store mampu mendapatkan ukuran yang tepat untuk setiap pelanggan bagi menghasilkan sepasang kasut yang sempurna, buatan tangan untuk memenuhi setiap keinginan pelanggan. Pelancaran kedai flagship ini selari dengan ulang tahun ke-25 jenama itu dalam perjalanannya untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat pengeluaran dan peruncitan kasut bertaraf dunia yang mampu bersaing dengan jenama terkemuka di peringkat antarabangsa. Jenama ini bermatlamat untuk menubuhkan lebih daripada 100 kedai di seluruh Asia menjelang 2025, selain meluaskan dan memperkenalkan jenama itu yang juga akan memberi kesan tambahan untuk mempromosikan sektor peruncitan Malaysia di seluruh rantau ini dan meningkatkan ekonomi negara, selaras dengan Agenda Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP). Sebagai peneraju jenama fesyen tempatan, Lewré Bespoke berharap usahanya akan membantu dalam memacu industri fesyen Malaysia ke hadapan dan memberi inspirasi kepada usahawan Malaysia untuk meneroka seluruh dunia bagi meningkatkan permintaan untuk jenama Malaysia di seluruh dunia.

Pelancaran kedai flagship ini selari dengan ulang tahun ke-25 jenama itu. Jenama ini mempunyai matlamat yang menyasarkan untuk menubuhkan lebih 100 kedai di seluruh Asia menjelang tahun 2025, sebagai usaha untuk memulihkan ekonomi negara dan bertindak sebagai pemangkin dalam mempromosikan sektor runcit Malaysia; yang merupakan komponen penting yang menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara. Menubuhkan 100 kedai di seluruh negara dan rantau ASEAN bukan sahaja akan mempamerkan kecemerlangan jenama Malaysia tetapi juga akan membantu dalam memacu industri fesyen Malaysia ke hadapan; dan mewujudkan permintaan untuk usahawan Malaysia di seluruh dunia.

Dato Lewré Lew, Pengasas Lewré Bespoke berkongsi, “Koleksi Garden of Eden adalah dimana seni, budaya dan ketukangan bersatu dengan sempurna. Pasukan kami secara berterusan memilih bahan terbaik dari seluruh dunia untuk memberikan hasil yang terbaik dalam industri fesyen. Kami telah memastikan setiap pasang kasut dibuat dengan baik dan tepat yang memenuhi keperluan semua orang tidak kira apa citarasa anda.”

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi LewréBespoke: https://lewrebespoke.com/about-us/

Lagi Berita Gaya Hidup :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAGaya Hidup @ My LNAPendapat @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Menilai kewajaran Malaysia tolak tawaran anjur Sukan Komanwel 2026

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Rentetan penarikan diri Victoria, Australia sebagai...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...