Luar Bandar @ My LNA

RISDA Salur RM15.8 Juta Bantuan Musim Tengkujuh Kepada Pekebun Kecil Getah Di Kedah

313

PADANG TERAP, 15 November 2022 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukkan RM15.8 juta bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk negeri Kedah.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, RISDA menerima sejumlah 26,348 permohonan daripada pekebun kecil getah setakat ini.

“Penerima bantuan tersebut merupakan golongan pengusaha dan pemilik daripada golongan pekebun kecil getah di seluruh negeri Kedah yang layak.

Setakat hari ini, seramai 16,889 orang penerima telah dikreditkan bayaran BMT bagi fasa pertama sebanyak RM300 setiap orang.”

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pekebun Kecil RISDA Makmur Negeri Kedah di Kg. Musa, Pedu di sini hari ini.

Jelas Mahdzir, bagi daerah Padang Terap, peruntukan keseluruhan BMT oleh RISDA adalah sebanyak RM2.57 juta dengan sasaran agihan untuk 10,886 orang pekebun kecil.

Setakat ini sejumlah 3,077 permohonan telah diluluskan dan 2,987 pekebun kecil daerah itu telah menerima bayarannya.

“Ini menunjukkan prestasi yang baik oleh pihak RISDA dalam memastikan penyaluran bantuan ini sampai kepada golongan sasar dalam masa yang ditetapkan.

Ini adalah salah satu inisiatif daripada pihak kerajaan Keluarga Malaysia melalui RISDA dalam usaha meningkatkan kesejahteraan dan taraf kehidupan pekebun kecil getah.”

Tambah Mahdzir, bayaran fasa pertama akan terus dilaksanakan dalam bulan November kepada baki pekebun kecil yang masih belum menerimanya.

Manakala bayaran fasa kedua pula akan dilaksanakan sepanjang bulan Disember secara berperingkat.

“RISDA bukan hanya menyalurkan bantuan BMT kepada pekebun kecil, malah turut ada bantuan seperti penyediaan prasarana pertanian, kemudahan insfrastruktur pertanian, skim getah matang, pembangunan keusahawanan serta latihan dan pendampingan di kebun-kebun getah milikan pekebun kecil,” kata Mahdzir.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UPSI hulur bantuan persekolahan, terajui pendidikan bitara bagi masyarakat orang asli

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi, Mohamad Naqiuddin & Nur Sabrina SLIM...

AMBelia & My LNABM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAUTAMA

KKDW peruntukkan sebanyak RM5.41 juta kepada Golongan Belia di Negeri Johor

JOHOR – Program Belia Desa Madani @KKDW yang diadakan pada Jumaat lepas...

AMBM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAUTAMA

Pelaksanaan sambutan Hari Orang Asli Sedunia tanda sokongan negara terhadap resolusi UN

Bagi tahun 2023, tema sambutan Hari Orang Asal Sedunia adalah ‘Belia Orang...