Home MY LNA AM Politik @ My LNA PAS dan BERSATU Ibarat Kahwin Mutaah Yang Tidak Akan Kekal Bersama
Politik @ My LNAPRU15

PAS dan BERSATU Ibarat Kahwin Mutaah Yang Tidak Akan Kekal Bersama

KUALA NERANG, 15 November 2022 – Gabungan PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam Perikatan Nasional (PN) diibaratkan seperti perkahwinan mutaah yang tidak akan kekal bersama.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, gabungan itu dijangka hanya bersifat sementara kerana PAS mempunyai pendirian sendiri dalam membuat keputusan manakala BERSATU pula sebuah parti yang penuh emosi.

“Saya fikir gabungan PAS dan BERSATU ini adalah satu perkahwinan yang istilahnya dipanggil mutaah, perkahwinan sementara.

PAS pun ada pemikiran sendiri dalam nak buat keputusan, BERSATU macam penuh dengan emosi dan saya fikir mereka tak mempunyai pendirian bersama.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Pekebun Kecil RISDA Makmur Negeri Kedah di Kampung Musa, Pedu, di sini, hari ini.

Mahdzir yang juga Penyandang dan calon BN bagi Parlimen Padang Terap diminta mengulas perbezaan pendirian antara Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan kerjasama antara parti selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Media sebelum ini melaporkan PN yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama Barisan Nasional (BN) pada PRU15.

Takiyuddin, berkata beliau menjangkakan BN akan menerima penggabungan itu.

Susulan itu Muhyiddin hari ini menyanggah kenyataan dibuat Takiyuddin berhubung isu kerjasama dengan BN itu dan beliau tidak pernah memberi mandat kepada Takiyuddin untuk bertindak sedemikian.

Sementara itu, Mahdzir berkata BN kekal mencadangkan nama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri sekiranya diberi mandat pada PRU15.

“UMNO dan juga BN telah memutuskan secara konsensus bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah calon Perdana Menteri selepas daripada PRU15 jika BN menang.

“Tapi isu ni macam selalu dimainkan oleh pembangkang, pembangkang nak cari jalan untuk nak memecah belahkan kepimpinan dalam BN.

“Kita mencadangkan mengusulkan Datuk Seri Ismail dan keputusan akhir adalah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, “katanya.

Lagi Mengenai PRU15 :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMIsu SemasaMY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

MA63 : Kuasa pentadbiran sektor kesihatan dan pendidikan

Ikuti video ulasan Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku...

MY LNAPolitik @ My LNA

Sokong Kerajaan Perpaduan, pelihara kepentingan seluruh rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia diseru supaya terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar...

MY LNAPolitik @ My LNA

Lima petikan penting daripada ucapan Anthony Loke di Persidangan Parti DAP 2023

“Kita mesti mengingatkan diri sendiri bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP mestilah sentiasa...

AMMY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Berita Ahli Parlimen BN mahu kosongkan kerusi adalah khabar angin – Ahmad Zahid

SHAH ALAM, 21 Ogos 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan...