AMLuar Bandar @ My LNA

Desa Lestari : Pahang Terima Peruntukan RM 15.5juta

253

Lipis, 10 November 2022 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM15.5 juta bagi memanfaatkan 15 buah kampung di Pahang.

Dana ini bagi membolehkan projek daripada enam sektor ekonomi utama iaitu perkhidmatan, pelancongan, pertanian, penternakan, pembuatan dan peruncitan dilaksanakan dengan efisien.

Timbalan Menteri 1, Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata peruntukan di bawah Projek Desa Lestari itu sekaligus memberi manfaat kepada seramai 4,500 orang komuniti setempat dalam penyediaan peluang pekerjaan.

Manakala seramai 1,180 orang komuniti kampung termasuk Ketua Isi Rumah (KIR) menganggotai koperasi yang mampu memberikan pulangan dalam bentuk dividen kepada ahli-ahlinya.

“Dari sudut pencapaian pula sejumlah RM 9.5 juta telah berjaya dijana oleh 15 buah kampung terbabit .

Kampung Sri Makmur, Pekan, Pahang antara kampung yang meraih pendapatan tertinggi sebanyak RM 3.7 juta sejak 2015 sehingga 2021 dengan purata pendapatan setahun adalah sebanyak RM 528 ribu”

Tambahnya, Pahang adalah negeri kedua tertinggi menerima peruntukan di bawah Program Desa Lestari dalam usaha kerajaan merapatkan juang sosio ekonomi antara bandar dan luar bandar.

Beliau berkata demikian ketika berucap dan merasmikan Program Cakna Komuniti di sini pada hari ini

Tambah beliau, kerajaan amat berbangga dengan pencapaian yang diperolehi oleh setiap kampung di bawah program Desa Lestari ini sekaligus membuktikan bahawa KPLB senantiasa menyalurkan peruntukan yang diterima dalam belanjawan setiap tahun untuk peningkatan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar.

“Selain ekonomi, tumpuan utama KPLB adalah merapatkan jurang digital di luar bandar. Bagaimanapun, ia tidak mudah dilakukan segera memandangkan topografi luar bandar yang pelbagai selain terdapat halangan dan cabaran lain seperti akses ke kawasan luar bandar dan prasarana yang kurang sempurna seperti bandar.

Sehubungan itu, koperasi yang telah menyertai program desa lestari berpeluang mendigitalkan perniagaan dan memasarkan produk secara dalam talian melalui Program Desamall@KPLB dengan kerjasama platform terkemuka seperti Shopee, Lazada dan sebagainya.

KPLB sedang berbincang dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOM) serta agensinya iaitu Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dalam memastikan Projek Jendela di bawah K-KKOM dapat diperluaskan ke kawasan luar bandar. Ini adalah bagi memastikan capaian internet diperluaskan agar hasrat mendigitalkan usahawan luar bandar dapat direalisasikan.

Abdul Rahman turut menjelaskan, KPLB juga telah melengkapkan 191 buah Pusat Komuniti Desa dengan akses internet yang pantas bagi kegunaan masyarakat luar bandar dalam pelbagai urusan sekaligus mampu menjimatkan masa dan tenaga untuk menyelesaikan urusan secara konvensional.

Artikel Berkaitan :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...