PRU15

“Pengundi Jangan Tertipu Dua Kali” – Abdul Rahman

146

LIPIS, 9 November 2022 – Pengundi yang akan mengundi pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini diingatkan untuk tidak tertipu kali kedua serta memperjudikan nasib dengan memilih parti yang dianggap telah mengkhianati kepercayaan rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, slogan-slogan yang dimomokkan kepada pengundi
seperti “Ini kalilah” dan “Jom Ubah” ternyata hanya slogan semata-mata serta tidak dapat diterjemah oleh wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) kepada perkhidmatan yang berkualiti dan sempurna untuk rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Salam Desa@KPLB di sini hari ini.

“Sepanjang tempoh pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan, banyak janji-janji yang tidak terlaksana selain
manifesto tidak ditunaikan serta diangggap “bukan kitab suci” ternyata menyerlahkan PH sebagai sebuah kerajaan yang gagal. Janji-janji bulan dan bintang seperti berjanji untuk menurunkan harga minyak, menghapuskan tol, PTPTN dan sebagainya hanya tinggal janji.

Perikatan Nasional pula semasa pemerintahan di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin sepanjang 17 bulan hanya mampu
mengisytiharkan darurat serta menggunakan perbelanjaan yang besar untuk negara tanpa ada proses semak dan imbang
di parlimen”, ujar beliau lagi.

Menurut beliau, setelah kerajaan diambil alih oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, barulah
situasi negara ditukar kepada pandemik kepada endemik dan ekonomi kembali pulih termasuk pelabur-pelabur luar kembali
melabur dalam negara.

Maknanya, kerajaan BN terbukti mampu untuk memerintah negara serta dapat memastikan negara kembali bangkit dan pulih seterusnya mampu memastikan kemakmuran untuk rakyat Malaysia.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMPRU15

PRU15 : Dato’ Jo di Titiwangsa

KUALA LUMPUR, 19 November 2022 – 8.40am calon BN bagi Parlimen P119...

PRU15

Jangan Buat Pilihan Bersandarkan Slogan Yang Dicanang Parti Politik Semata-Mata

PENDANG, 18 November 2022- Pengundi diingatkan agat tidak membuat pilihan hanya bersandarkan...

Luar Bandar @ My LNAPRU15

Pelaburan Tertinggi di Pahang Hadiah Saya Untuk Pengundi Lipis – Abdul Rahman

LIPIS, 18 November 2022 – Barisan Nasional (BN) adalah satu-satunya parti yang...

AMLuar Bandar @ My LNAPRU15

Isu Tanah Pertanian Terbiar Di Luar Bandar Akan Diberi Perhatian

PENDANG, 18 November 2022 – Isu tanah pertanian terbiar dalam kawasan komuniti...