KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2022 – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu menjalani tapisan termasuk dengan jabatan agama sebelum dibenarkan bertanding.
Menurutnya, saringan dengan jabatan agama yang julung kali diadakan itu adalah bagi memastikan pemilihan calon BN lebih teliti dan mereka tidak terlibat dengan pelbagai isu syariah seperti berkahwin di Thailand dan juga isu pemberian nafkah.
“Kita juga akan ada saringan. Kena buat pemeriksaan antara nama-nama yang dicadangkan itu.
Kita akan menyemak dengan polis, SPRM (Suruhanyaja Pencegahan Rasuah Malaysia), Jabatan Insolvensi, mungkin kali ini dengan pejabat agama, pejabat kadi pun kita kena semak juga kot ada yang kahwin kat Siam ke.
Ada yang nafkah anak tak bayar ke, ada penghakiman di Mahkamah Syariah ke, kalau dulu kita tak pernah periksa, kali ini kita lebih terperinci,” kata beliau kepada media selepas menghadiri taklimat khas sempena PRU15 dan Monsun Timur Laut 2022 di Bukit Aman di sini hari ini.
Jurufoto : Azuddin Ahmad Zin
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment