ALOR GAJAH, 23 Oktober 2022 – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa penyandang kerusi Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin adalah calon PN bagi mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.
Mengikut laporan BERNAMA, perkara itu diumumkan oleh Muhyiddin pada Prihatin Parlimen Masjid Tanah dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri Melaka di Kampung Paya Lebar malam tadi.
“Kebetulan saya ada di sini, nampak semua sudah bersemangat, saya kata okeylah, saya umum sajalah (Mas Ermieyati sebagai calon PN bagi kerusi Parlimen Masjid Tanah).
“Berdasarkan rekod prestasi dan dia pun saya fikir telah menjaga kawasan dengan baik, orang lama, banyak pengalaman dalam kerajaan, dia punya profil pun bagus, jadi bagi saya ini yang terbaik… sebab itu saya ambil kesempatan (umum). Saya harap orang Masjid Tanah akan berasa gembira dan menyokong beliau,” kata Muhyiddin.
Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti dan berjanji akan melakukan yang terbaik bagi memastikan kemenangan pada PRU15.
“Siapa pun yang diletakkan (sebagai lawan) kita akan cuba sedaya upaya dan sehabis baik untuk berkempen, menerangkan dan jumpa dengan pengundi-pengundi untuk memberikan apakah tawaran yang kami boleh berikan sekiranya saya dimandatkan sebagai ahli Parlimen Masjid Tanah (sekali lagi),” katanya.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment