Politik @ My LNAPRU15

Pemimpin PH akan terus hasut rakyat untuk selamatkan diri mereka daripada terpalit dengan  hasil siasatan buku Tommy Thomas

137

KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2020 – Pakatan Harapan (PH) berada dalam tekanan apabila Kabinet memutuskan untuk mendedahkan hasil siasatan buku Memoir Tommy Thomas.

Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin, pemimpin PH sedar mereka sememangnya terpalit dengan isu tersebut.

“Dengan pendedahan yang dibuat ini sudah semestinya akan membuatkan pimpinan PH seperti Rafizi Ramli, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan ramai lagi akan diheret ke mahkamah jika mereka tewas pada PRU kali ini.

Perkara ini akan berlaku apabila Tommy Thomas akan mendedahkan segalanya kerana tidak mungkin semua perkara boleh dilindungi dalam siasatan itu”, katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, pemimpin PH akan menggunakan peluang berkempen pada PRU kali ini untuk menghasut rakyat demi untuk memastikan mereka tidak dikaitkan dengan hasil siasatan buku tersebut.

“Apa yang PH lakukan untuk pastikan perkara ini tidak berlaku?Mereka akan terus-menerus menghasut rakyat, menakutkan rakyat dengan fitnah, janji bulan dan bintang, kerana dengan cara ini sahaja mereka akan mendapat keyakinan rakyat untuk mengundi mereka sekali lagi”.

Tegas Shahrul Nasrun, rakyat diingatkan jangan sesekali lupa tindakan PH ketika berkuasa selama 22 bulan menggugurkan banyak kes-kes mahkamah yang melibatkan kepimpinan mereka.

Bukan itu sahaja, pendakwaan terpilih juga katanya sangat jelas sepanjang pemerintahan PH dan perkara ini bukanlah seperti apa yang mereka gambarkan diri mereka kepada rakyat.

“Cukuplah sepanjang 22 bulan mereka memerintah dan melakukan apa sahaja yang mementingkan kuasa mereka.

Sepanjang Barisan Nasional mentadbir negara melalui Datuk Seri Ismail Sabri, tiada satu pun kes terutamanya yang melibatkan kepimpinan BN dibebaskan sepanjang beliau berkuasa inilah perkara yang sangat jelas.”

Kepada golongan muda yang akan menjadi pengundi kali pertama pula, beliau mengingatkan jangan sesekali menggadaikan mandat dan tanggungjawab yang telah diberikan untuk tidak memilih parti yang menjadikan negara ini seperti mereka yang punya.

“Saudara- saudari lihatlah sendiri yang membezakan antara parti yang mementingkan rakyat dan parti yang hanya mementingkan politik mereka semata-mata.

“Cukuplah sekali kita memilih parti yang tidak menghormati institusi perundangan, cukuplah sekali kita memilih parti yang tidak berlaku adil, cukuplah sekali kita memilih parti yang hanya tahu membangkitkan isu untuk menghasut rakyat dan saya yakin rakyat Malaysia pada hari ini sudah bijak untuk memilih”, kata Shahrul Nasrun.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...