Politik @ My LNA

Masih ada ruang untuk kerjasama UMNO, PAS – Annuar

78

KOTA BHARU, 14 Oktober 2022 (Bernama) — Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata masih ada ruang untuk kerjasama politik antara parti itu dengan PAS bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata pucuk pimpinan kedua-dua parti itu perlulah mengambil pendekatan yang bijaksana kerana pada peringkat bawahan pemuafakatan kedua-dua parti masih boleh diterima.

“Saya nampak sebenarnya UMNO dan PAS boleh menjadi tunjang dan saya tidak nampak sangat parti-parti yang lain.

Jadi sebenarnya kerjasama UMNO dengan PAS ini tersangat penting dan tidak dapat tidak, mesti bekerjasama,” beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Ketereh dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor, di sini hari ini.

Annuar mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini bahawa PAS masih terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik pada PRU15, termasuklah merealisasikan penyatuan ummah.

Annuar berkata pada pemerhatiannya, PAS dilihat tidak menutup pintu kerjasama dengan UMNO dan beliau memahami situasi mereka.

“Ruang untuk bekerjasama masih ada sebab itulah tidak perlu terlalu emosi sebaliknya terus menggunakan setiap peluang yang ada untuk terus berunding.

Kita faham dan tidak mahu menekan PAS kerana mereka ahli-ahli parti (Perikatan Nasional) secara berdaftar dan ini bukan satu perkara yang mudah untuk mereka mengumumkan keluar (PN) semata-mata kerana mahu bersama dengan UMNO tetapi muafakat dalam kalangan rakyat dan pengundi sudah berlaku di akar umbi,” katanya.

– BERNAMA 

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...