Politik @ My LNAPRU15

PAS kukuhkan kerjasama dengan PN, tidak bubar DUN Kelantan, Terengganu, dan Kedah

165
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang

13 Oktober 2022 – Presiden PAS Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa partinya akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi PRU ke 15 akan datang.

Abdul Hadi turut berkata bahawa PAS tidak akan membubarkan DUN di negeri-negeri yang ditadbir oleh partinya.

“Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, 13 Oktober 2022, telah membuat keputusan berikut iaitu memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional untuk menghadapi PRU15, atas prinsip penyatuan ummah.

Memuktamadkan perbincangan kerusi-kerusi di negeri dengan Perikatan Nasional.

Senarai calon daripada Negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama.

Mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu, dan Kedah.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...