13 Oktober 2022 – Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa keputusan PAS Pusat untuk terus bersama dengan Perikatan Nasional bagi menghadapi PRU-15 sudah dijangkakan.
Katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini, pada hakikatnya, UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran.
“Dengan keputusan ini, UMNO bersama Barisan Nasional akan terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan dan mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama dalam Negara ini.” ujarnya.
Terdahulu, Presiden PAS Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa partinya akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi PRU ke 15 akan datang.
Abdul Hadi turut berkata bahawa PAS tidak akan membubarkan DUN di negeri-negeri yang ditadbir oleh partinya iaitu Kelantan, Terengganu, dan Kedah.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment