Home MY LNA AM Skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil RISDA ditambahbaik
AMLuar Bandar

Skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil RISDA ditambahbaik

KUALA NERANG, 5 Oktober 2022 – Kabinet bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perincian penambahbaikan itu akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat.

“Dah ada kelulusan dalam kabinet iaitu Bantuan Musim Tengkujuh (untuk pekebun kecil getah, (tapi) biar Perdana Menteri umumkan nanti.”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar IPT Parlimen Padang Terap di sini hari ini.

Jelas Mahdzir, penambahbaikan BMT itu dijangka memberi manfaat kepada 232 ribu pekebun kecil getah RISDA seluruh negara.

Ketika ini pekebun kecil RISDA menerima BMT berjumlah RM300 sebulan untuk tempoh tiga bulan.

Sebelum ini, Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengemukakan dua syor kepada Perdana Menteri bagi membela nasib pekebun kecil getah RISDA yang terkesan akibat harga getah yang rendah.

Syor tersebut adalah menaikkan harga lantai getah sekerap daripada harga semasa RM2.50 sekilogram atau melanjutkan tempoh BMT daripada tiga bulan kepada enam bulan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Jiwa suci asas rohani Islami

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Arus kemodenan dunia yang semakin menggila kini...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

Persefahaman Serantau diteruskan untuk Pengukuhan Kerjasama Keselamatan Maritim

PUTRAJAYA, 23 November – Pertemuan dengan beberapa wakil kedutaan melalui siri kunjungan...