KUALA KRAI, 6 Oktober 2022 (Bernama) — Yayasan Pelajaran MARA (YPM) memperuntukkan RM2.2 juta untuk membantu perbelanjaan persekolahan bagi 1,800 pelajar daripada golongan B40 dan asnaf menerusi Skim Anak Angkat (SAA) pada tahun ini.
Pengerusinya, Datuk Mohd Razman Yaacob, berkata daripada jumlah itu seramai 387 pelajar sekolah rendah dan 1,279 pelajar sekolah menengah telah menerima tajaan tersebut dengan peruntukan berjumlah RM1.01 juta dari Januari sehingga kini.
Katanya, menerusi skim tersebut, pelajar akan menerima wang saku bulanan RM80 bagi sekolah rendah dan RM100 bagi sekolah menengah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyalurkan peruntukan bantuan persekolahan menerusi siri jelajah program Tanggungjawan Sosial Korporat (CSR) Pendidikan Pesisir Pantai YPM di Sekolah Kebangsaan Bahagia, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Razman berkata 80 peratus dana yang diterima menerusi skim tersebut adalah sumbangan daripada syarikat korporat dan orang persendirian manakala selebihnya daripada dana YPM sendiri.
Katanya, SAA adalah skim diperkenalkan melalui Seksyen Pembiayaan Pendidikan (SPP) untuk peringkat sekolah manakala bagi pelajar Tingkatan Enam dan universiti pula, YPM turut memperkenalkan Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP).
“Bagi SDEP kita akan salurkan sumbangan menerusi dua kategori iaitu dalam bentuk peralatan atau barangan seperti komputer riba dan wang tunai secara one-off antara RM700 hingga RM1,200 seorang,” katanya.
Beliau berkata menerusi program CSR YPM di Kelantan, sebanyak RM38,000 telah diperuntukan kepada 355 pelajar sekolah rendah dan menengah daripada golongan keluarga kurang berkemampuan supaya pelajar berkenaan tidak terpinggir dalam arus pendidikan.
– BERNAMA
- Artificial Intelligence (AI) Robots Market to Reach USD 89.57 Billion by 2032, at 29.46% CAGR | Research by SNS Insider
- Sunrise Lawn Care in Katy TX Highlights Community Partnerships
- Singapore’s Tolaram Welcomes IFC Investment in Lagos Free Zone to Boost Industrial Growth and Economic Diversification in Nigeria
- Make the Moment: The 2025 OnePlus Photography Awards Calling for Creativity Worldwide
- MEET48 Unveils Multiple AI Products, Redefining the Future of the Entertainment Industry
Leave a comment