Home KHAS RM1 juta untuk Program Pintar Botani Tabika KEMAS
KHASLUAR BANDARPendidikan

RM1 juta untuk Program Pintar Botani Tabika KEMAS

TANJUNG MALIM, 3 Oktober 2022 – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memperuntukkan RM1 juta bagi melaksanakan program Pintar Botani melibatkan 500 buah TABIKA KEMAS di seluruh negara mulai tahun depan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Modul Pintar Botani itu adalah aktiviti luar bilik darjah yang menerapkan aspek Sains dan Teknologi serta Amalan Gaya Hidup Sihat melalui makanan seimbang dan berkhasiat.

“Program ini adalah aktiviti mengindahkan persekitaran TABIKA KEMAS dengan mendidik kanak-kanak menanam pokok sayur-sayuran serta buah-buahandan hasil tuaiannya boleh dimasukkan dalam menu makanan di TABIKA KEMAS yang disediakan oleh pembantu Pemaju Masyarakat Sukarelawan.

Ini sekaligus menjadi usaha KEMAS untuk memastikan kanak-kanak mendapat zat makanan yang seimbang agar tahap kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak yang lebih baik selain mereka mendapat pengalaman yang menyeronokkan sepanjang belajar di TABIKA KEMAS.”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Hari POTENSI KEMAS Peringkat Kebangsaan 2022 Edisi ke-17 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Ahad.

Jelas Mahdzir, aktiviti di luar bilik darjah menerusi Modul Pintar Botani itu juga akan membantu pembentukan pemikiran kreatif dan sifat bekerjasama dalam kalangan kanak-kanak.

“Program Pintar Botani ini bukan sahaja dapat mengoptimumkan tanah dan menceriakan kawasan TABIKA malah menjadikan persekitaran TABIKA KEMAS lebih menarik dengan penyediaan landskap serta tumbuhan hijau seperti sayur-sayuran dan pokok buah-buahan yang akan ditanam.”

Pada masa yang sama Mahdzir berharap Program Pintar Botani itu mendapat sokongan dan juga kerjasama para ibubapa dan juga penduduk sekitar premis TABIKA KEMAS.

“Penglibatan program Pintar Botani ini berkonsepkan Keluarga Malaysia melalui penglibatan pelbagai pihak seperti Jawatankuasa Aktiviti TABIKA, ibu bapa dan penduduk setempat, agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, MARDI, Kementerian Kesihatan dan termasuklah Badan Bukan Kerajaan (NGO)”, katanya.

Selain itu tambah Mahdzir, program Pintar Botani itu juga akan membolehkan Pemaju Masyarakat TABIKA KEMAS memberi pendedahan asas keusahawanan melalui aktiviti jual beli hasil tanaman.

Sementara itu, seramai 1,000 orang kanak-kanak TABIKA dari seluruh negara menyertai Hari POTENSI KEMAS bagi edisi kali ini.

Program membabitkan pertandingan pelbagai acara sukan yang melibatkan kanak-kanak seawal usia 5 dan 6 tahun.

Antara acara yang dipertandingkan termasuk futsal, bola jaring, gerak kreatif, rounders dan pelbagai lagi dengan format pertandingan mengikut negeri-negeri.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMPendidikan

Kerjasama MARA, Manipal University dan Yayasan Angkasawan Negara lahirkan lebih ramai doktor perubatan

MELAKA, 30 November 2022 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Manipal...

AMPendidikanSains, Teknologi & Komunikasi

1.03 Juta Pelajar Dan Belia Sertai Malaysia Techlympics 2022

Pulau Pinang Rangkul Tempat Teratas Dalam Pertandingan Akhir Kebangsaan KUALA LUMPUR, 27...

AMKHASPRU15

PRU15 : Dato’ Jo di Titiwangsa

KUALA LUMPUR, 19 November 2022 – 8.40am calon BN bagi Parlimen P119...

AMKHASPRU15

Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali Selesai Tunai Tanggungjawab

MELAKA 19 November 2022 – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi P137...