Politik @ My LNA

Menteri KPWKM digesa segera bentang RUU Profesion Pekerja Sosial bagi selesaikan isu ketidakcukupan pegawai pelindung kanak-kanak di JKM

175

19 September 2022 – Ketua Angkatan Wanita Parti Amanah Negara, Aiman Athirah Sabu berpendapat Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun seharusnya tahu bahawa perbincangan mengenai keperluan Pegawai Pelindung Kanak-Kanak tidak boleh dibuat tanpa terlebih dahulu memahami akan kepentingan menggubal sekaligus membentang Rang Undang-undang Profesion Pekerja Sosial.

Sambil merujuk kepada kenyataan dari Rina kelmarin yang berbunyi iaitu  “jumlah Pegawai Perlindungan Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu ditambah segera, bagi mengendalikan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak” sebagai satu kenyataan yang lembab, Aiman berkata setakat membangkit isu dan permasalahan tidak menggambarkan Rina adalah seorang Menteri yang telah menjalankan tugas, tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya telah diuruskan dan digerakkan solusi lebih awal.

“Rina wajar lebih berperanan aktif samada dalam mesyuarat peringkat kementerian, mesyuarat kabinet dan pasca kabinet. Baharulah banyak isu dan permasalahan rakyat di bawah sana dapat diselesaikan secara terarah, bertanggungjawab dan berkesan.

Sesiapapun yang merupakan Menteri Kabinet harus berhenti daripada asyik menceritakan masalah atau apa sahaja halangan yang wujud dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka, sebaiknya memberitahu rakyat tentang apa solusi ke hadapan dan sejauhmana tindakan-tindakan telah diambil.

Sebagai penandatangan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), saya juga ingin mengulang seruan agar Kerajaan segera membentang laporan negara ke mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia PBB mengenai kelemahan, pencapaian dan langkah-langkah ke hadapan Malaysia dalam melindungi hak dan kebajikan semua kanak-kanak dalam negara ini.” kata Aiman Athirah.

Soalnya lagi, apakah ikhtiar kerajaan khususnya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  bagi meletakkan segala isu seputar pembangunan, kebajikan dan hak kanak-kanak dalam negara ini dapat diberi perhatian yang serius serta  ditangani secara jelas dan berkesan?

“Adalah sangat penting untuk kerajaan memahami akan keperluan mewujudkan jika tidak pun sebuah  kementerian khusus untuk kanak-kanak, memadai jika Menteri Wanita menzahirkan komitmen dan political willnya terhadap harapan kebanyakan kita untuk melihat  sebuah Jabatan atau Agensi khusus kanak-kanak atau sebuah Suruhanjaya Kanak-Kanak yang akan melapor terus kepada Parlimen.” kata Aiman Athirah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...