19 September 2022 – Ketua Angkatan Wanita Parti Amanah Negara, Aiman Athirah Sabu berpendapat Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun seharusnya tahu bahawa perbincangan mengenai keperluan Pegawai Pelindung Kanak-Kanak tidak boleh dibuat tanpa terlebih dahulu memahami akan kepentingan menggubal sekaligus membentang Rang Undang-undang Profesion Pekerja Sosial.
Sambil merujuk kepada kenyataan dari Rina kelmarin yang berbunyi iaitu “jumlah Pegawai Perlindungan Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu ditambah segera, bagi mengendalikan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak” sebagai satu kenyataan yang lembab, Aiman berkata setakat membangkit isu dan permasalahan tidak menggambarkan Rina adalah seorang Menteri yang telah menjalankan tugas, tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya telah diuruskan dan digerakkan solusi lebih awal.
“Rina wajar lebih berperanan aktif samada dalam mesyuarat peringkat kementerian, mesyuarat kabinet dan pasca kabinet. Baharulah banyak isu dan permasalahan rakyat di bawah sana dapat diselesaikan secara terarah, bertanggungjawab dan berkesan.
Sesiapapun yang merupakan Menteri Kabinet harus berhenti daripada asyik menceritakan masalah atau apa sahaja halangan yang wujud dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka, sebaiknya memberitahu rakyat tentang apa solusi ke hadapan dan sejauhmana tindakan-tindakan telah diambil.
Sebagai penandatangan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), saya juga ingin mengulang seruan agar Kerajaan segera membentang laporan negara ke mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia PBB mengenai kelemahan, pencapaian dan langkah-langkah ke hadapan Malaysia dalam melindungi hak dan kebajikan semua kanak-kanak dalam negara ini.” kata Aiman Athirah.
Soalnya lagi, apakah ikhtiar kerajaan khususnya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi meletakkan segala isu seputar pembangunan, kebajikan dan hak kanak-kanak dalam negara ini dapat diberi perhatian yang serius serta ditangani secara jelas dan berkesan?
“Adalah sangat penting untuk kerajaan memahami akan keperluan mewujudkan jika tidak pun sebuah kementerian khusus untuk kanak-kanak, memadai jika Menteri Wanita menzahirkan komitmen dan political willnya terhadap harapan kebanyakan kita untuk melihat sebuah Jabatan atau Agensi khusus kanak-kanak atau sebuah Suruhanjaya Kanak-Kanak yang akan melapor terus kepada Parlimen.” kata Aiman Athirah.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment