Niaga @ My LNA

Enam startup terima rm1.57 juta jumlah terkumpul pelaburan di bawah program Mystartup Accelerator

226
(Enam (6) pengasas startup dan pasukan mereka bersama pelabur mereka di majlis
menandatangani perjanjian pelaburan sebagai simbolik kerjasama mereka. Turut hadir
adalah Ahmad Kashfi Alwi, Naib Presiden Kanan Pembangunan Ekosistem Cradle – duduk
4 dari kiri)

KUALA LUMPUR, 7 SEPTEMBER 2022 – Program MYStartup Accelerator mengumumkan enam (6) startup daripada Kohort 1 program itu telah menerima pelaburan bernilai RM1,570,000.00 secara terkumpul daripada 17 pelabur budiman (angel investors).

Enam startup tersebut ialah:

  • Mindaapz (www.mindappz.com) – Ruang pasaran EdTech untuk E-Tuisyen dan pendidikan lanjutan.
  • Krenovator (www.krenovator.cc) – Platform bagi latihan dan penempatan bakat dalam bidang teknologi.
  • IPICK (www.ipick.com.my) – Penyedia perkhidmatan penghantaran bungkusan antara bandar.
  • ThreadX (www.zoradesigners.com) – Platform fesyen Pengeluar Peralatan Asal (OEM).
  • Cult Creative (www.cultcreative.asia) – Platform rangkaian yang memadankan kreativiti dan bakal majikan melalui pengurusan data.
  • Products2U (www.products2u.my) – Ruang pasaran bagi golongan luar talian (offline) yang kurang akses kepada perkhidmatan.

Program MYStartup Accelerator adalah satu program intensif yang menyokong startup peringkat awal melalui inisiatif bimbingan dan kerjasama rapat bersama rakan korporat. Berlangsung selama enam (6)
bulan sehingga Disember 2022, pihak penganjur menjangkakan kesemua peserta program akan mendapat manfaat yang besar daripada kesemua mentor, tenaga pengajar dan pakar-pakar dalam bidang masing-masing merangkumi topik penting seperti penskalaan perniagaan dan akses
kepada pasaran.

Program ini juga membuka peluang kepada semua peserta untuk mendapat akses kepada manfaat dan sumber daripada rakan kongsi bernilai sehingga RM2 juta.

Mengulas mengenai kejayaan ini, Norman Matthieu Vanhaecke, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, percaya bahawa pelaburan yang diterima kesemua enam startup ini adalah bukti
keyakinan dan kepercayaan daripada bakal pelabur terhadap ekosistem startup tempatan.

‘Cradle, sebagai focal agency yang dilantik Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi startup di peringkat awal, cakna mengenai kepayahan dalam mendapatkan dana bagi startup. Oleh demikian, majlis menandatangani perjanjian pelaburan pada hari ini adalah bukti komitmen dan sokongan penuh daripada Cradle dalam usaha menghubungkan startup tempatan kepada bakal pelabur”, ujar Norman.

Ahmad Kashfi Alwi, Naib Presiden Kanan Pembangunan Ekosistem Cradle, berkata, “Kami telah menerima lebih daripada 500 penyertaan untuk kohort pertama ini dan sebanyak 33 startup telah dipilih bagi menjalani program bimbingan yang intensif bersama pakar-pakar industri yang berpengalaman.”

“Pelaburan yang diterima oleh kesemua startup pada hari ini mengukuhkan lagi bukti impak keberkesanan program MYStartup Accelerator. Kami akan terus merancang dan melaksanakan lebih banyak program seperti ini di masa hadapan bagi menarik lebih ramai pelabur dan syarikat korporat ke dalam ekosistem startup tempatan”, tambah Ahmad Kashfi.

Dikuasakan oleh Cradle, program MYStartup Accelerator adalah satu daripada pelbagai program dan inisiatif di bawah strategi MYStartup anjuran MOSTI, yang menyasarkan untuk meletakkan Malaysia sebagai satu daripada 20 ekosistem startup terbaik di dunia menjelang 2030.

Disenarai sebagai salah satu daripada 16 intervensi di bawah Pelan Halatuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2030, program MYStartup memainkan peranan yang penting dalam memanifestasikan
sasaran MOSTI untuk melahirkan 5000 startup dan lima (5) syarikat unicorn menjelang 2025 bagi memperkasakan pertumbuhan ekonomi melalui sains, teknologi dan inovasi.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNANiaga @ My LNA

Melaka sedia 10 anugerah untuk usahawan terbaik

Oleh MOHAMAD FAZRUL ABDUL MAJID / MELAKA HARI INI AYER KEROH 3...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

foodpanda melancarkan pandapro yang diperbaharui untukpelanggan setia

Penjimatan Besar dengan Tawaran Eksklusif dan Penghantaran Percuma Tanpa Had hanyauntuk pelanggan...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Karya Seni Mural QuickBites Menerima Pengiktirafan The Malaysia Book Of Records

● ‘Minda Sihat, Cergas Fizikal’ Bersama QuickBites 2024 adalah program anjuran Gardenia...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

DC Healthcare Raikan Pembukaan Besar Klinik Dr. Chong di Pulau Pinang Dirasmikan oleh Gabenor Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi

PULAU PINANG, 12 Jun 2024 – DC Healthcare Holdings Berhad (“DC Healthcare” atau “Kumpulan”),...