Gaya Hidup @ My LNA

Jabra Elite 5 Yang Baharu Mencapai Ketepatan Keseimbangan Sempurna Untuk Gaya Hidup Cergas & Panggilan Mudah Alih

491
Pada acara pelancaran media Jabra Elite 5 baru-baru ini, dari kiri ke kanan: Pelakon, penari dan penyanyi, Joshua Anthony, KC Yap, Pengurus Negara, Pengguna, Jabra Malaysia & Indonesia, artis tarian, Suhaili Micheline (keempat dari kiri) dan penari dari Aurora berbaju kuning, Daniel Yeow, Pengarah Jualan, Asia Tenggara, Taiwan & Hong Kong, May Lynn Aw, Ketua Pemasaran untuk ASEAN, Hong Kong, Taiwan dan Agnes Koh, Pengurus Pemasaran Produk Serantau untuk Asia Pasifik.

Kuala Lumpur 13September 2022 – Pernah bergelut dengan peranti berwayar, semasa cuba untuk tampil tenang semasa dalam panggilan di lokasi yang kurang sesuai? Usah risau kerana kini, Jabra, peneraju dalam penyelesaian bunyi peribadi dan pejabat, memperkenalkan tambahan terbaharu kepada rangkaian wayarles sejatinya.

Inilah Jabra Elite 5 yang didatangkan dengan ciri istimewa seperti pembatalan hingar aktif hibrid, Bluetooth multipoint dan jangka hayat bateri yang hebat.

  • Fokus pada perkara yang benar-benar penting, dengan Hybrid Active Noise Cancellation (ANC), dikuasakan oleh Qualcomm® QCC3050 Bluetooth SoC
  • Panggilan berkualiti tinggi dengan teknologi panggilan 6 mikrofon dan pengurangan hingar angin
  • Pembesar suara 6mm yang diperhalusi untuk bunyi yang bertenaga
  • Sehingga 7 jam masa bermain, dan sehingga 28 jam dengan sarung pengecasan wayarles yang diperakui Qi
  • Kekal terhubung dengan 2 peranti serentak menerusi kesalinghubungan Bluetooth® Multipoint dan berpasangan secara mudah dengan Google Fast Pair* dan Microsoft Swift Pair*Access Alexa atau Google Assistant sepenuhnya bebas tangan
  • Pemakaian padat direka untuk keselesaan sepanjang hari dan ketahanan bertaraf IP55 terhadap habuk dan air
  • EQ boleh disesuaikan dan Spotify Tap Playback

Hero serba boleh ini direka khusus untuk mereka yang perlu melayani panggilan di mana-mana sahaja dan sungguh sesuai untuk mereka yang berorientasikan sosial. Fon telinga ini memberikan pengguna kebebasan terbaik daripada kehidupan seharian yang sibuk, dan membolehkan mereka menikmati alunan merdu muzik atau berhubung dengan rakan dan keluarga semasa dalam perjalanan hanya dengan satu sentuhan butang.

Jika anda mudah terganggu dengan bunyi lalu lintas, muzik ambien di kafe atau hari yang agak berangin di tempat terbuka, Jabra Elite 5 ialah set fon telinga yang sesuai untuk anda. Pengguna akan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada tugas yang ada dengan Hybrid Active Noise Cancellation (ANC) baharu, dikuasakan oleh chipset Bluetooth Qualcomm QCC3050.

ANC Hibrid menggabungkan mikrofon maklum balas dalam telinga, dan mikrofon suapan hadapan pada bahagian luar. Oleh itu, prestasi ANC kurang sensitif terhadap cara anda meletakkan fon di telinga dan ia memastikan pembatalan hingar yang lebih dipercayai merentas julat frekuensi yang lebih luas.

Selain itu, Jabra Elite 5 membolehkan individu menerima panggilan dengan yakin menerusi teknologi panggilan 6 mikrofon dengan mikrofon luaran yang aktif sepanjang masa, dan mikrofon dalaman yang memberikan bantuan kepada suara anda ketika berangin. Apabila memakai fon telinga, anda akan menerima bunyi yang sangat baik daripada pembesar suara 6mm dan codec Qualcomm® aptX™ Audio, AAC dan SBC. Kami juga telah bekerjasama dengan Spotify untuk menawarkan kepada pengguna Spotify Tap Playback.

Elite 5 boleh didapati dalam dua warna elegan iaitu hitam titanium dan kuning air emas

Bagi yang mencari reka bentuk fon telinga mudah alih yang anggun, mereka tidak perlu melihat lebih jauh daripada Elite 5. Fon telinga ini menawarkan padanan yang bijak, selesa dan padat. Ia menyediakan bukan sahaja penampilan yang bergaya, malah pengalaman yang lancar dengan sambungan yang pantas ke peranti dan aplikasi, memudahkan kerja dan bermain dari mana-mana sahaja. Kesalinghubungan yang dipertingkatkan ini disokong oleh Bluetooth Multipoint, Google Fast Pair*, Microsoft Swift pair*, Google         Assistant** dan Alexa Built-In yang diaktifkan melalui suara.

Walaupun selepas masa bermain selama 7 jam dengan ANC dihidupkan (28 jam dengan sarung) yang ditawarkan fon telinga ini, ia masih memberikan keselesaan pemakaian sepanjang hari. Elite 5 tidak berhenti di situ – fonnya juga menyampaikan EQ yang boleh disesuaikan, ketika hujan mahupun panas, kerana ia mempunyai penarafan ketahanan IP55.

Agnes Koh, Pengurus Pemasaran Produk, APAC di Jabra berkata: “Masyarakat yang serba pantas hari ini mengurangkan daya perhatian dan meningkatkan potensi gangguan, menjadikannya semakin sukar untuk memberi tumpuan kepada perkara yang penting.

“Jabra memahami keperluan ini dan telah merekayasa Jabra Elite 5, menawarkan peluang untuk benar-benar fokus, berhubung dan menelefon dengan fikiran yang jernih. Alat serba boleh ini sesuai untuk mereka yang ingin menyelam ke dalam muzik, berorientasikan sosial dan berhubung secara maya.” tambahnya lagi.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh personaliti seperti bekas pemandu lumba, dan Hos TV di Discovery Asia, Fox Sports, Daniel Woodroof, dan hos radio popular, Diyana Hashim. Kedua-dua mereka memakai fon telinga Jabra Elite 5, yang dilancarkan hari ini.

Harga dan ketersediaan Elite 5

Berharga MYR 699, Jabra Elite 5 boleh didapati dalam warna Titanium Black dan Gold Beige. Jabra Elite 5 boleh didapati melalui penjual terpilih di seluruh negara dan di Shopee Rasmi Jabra, kedai Lazada dan peruncit sah.

Ketahui lebih lanjut mengenai Jabra Elite 5 di www.jabra.com/elite atau tonton video rasmi di sini.

* Google Fast Pair serasi dengan Android OS 6.0 atau lebih tinggi. Microsoft Swift Pair serasi dengan Windows 10 atau lebih tinggi.

** Android sahaja

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNARemaja @ My LNA

Inshirah yakin bidang perakaunan buka peluang kerjaya luas

“Saya percaya ilmu yang dimiliki seseorang adalah kunci yang membezakan tahap kejayaan...

AMBernamaBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMakan @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Cuka matang Shanxi menghasilkan perisa baharu

TAIYUAN, China, 26 Julai 2024 (Bernama) – Apabila orang memikirkan mengenai wilayah Shanxi...