AMPendidikan @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Malaysia Techlympics 2022 kini dipertandingkan di peringkat zon

405

ALOR SETAR, 13 September 2022 – Sebuah inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Malaysia Techlympics 2022 kini dipertandingkan di peringkat zon bagi mencari peserta atau Techlympians yang bakal mara ke peringkat seterusnya bagi merebut hadiah-hadiah bernilai sehingga RM500,000.00.

Menurut  Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), MOSTI, Dr. K. Nagulendran, melihat kepada semangat yang ditunjukkan oleh para Techlympians, MOSTI yakin bahawa Malaysia mampu melahirkan generasi yang celik sains teknologi dan inovasi (STI) dan para inovator muda yang berkebolehan untuk menghasilkan solusi, aplikasi dan produk berteknologi untuk masyarakat dan kelestarian negara.

“Malaysian Techlympics penting kerana mampu meningkatkan lagi daya saing dan daya tahan negara melalui penyertaan inklusif dalam pertumbuhan ekonomi baharu, penerimagunaan teknologi termaju, membina bakat changemaker serta menyokong transformasi Malaysia sebagai negara berinovatif berasaskan teknologi tinggi terutama dalam kalangan anak-anak wilayah utara ini sendiri,” katanya.

Menurut MOSTI, Malaysia Techlympics 2022 dibahagikan kepada enam (6) zon iaitu:

Kata MOSTI, sehingga kini, seramai 920,000 Keluarga Malaysia yang berusia di antara tujuh (7) hingga 30 tahun telah mendaftar untuk menyertai pelbagai jenis pertandingan dan sesi perkongsian STI yang diadakan sejak April hingga November 2022.

“MOSTI telah menyusun sebanyak 25 pertandingan di bawah lima (5) kategori utama yang tertumpu kepada bidang-bidang yang membabitkan kejuruteraan, pengkomputeran dan mikro-komputer, nano, Internet benda (IoT), robotik, dron, sains, matematik, reka bentuk kreatif dan animasi serta percetakan dan pembangunan 3D.

Techlympians yang berjaya di peringkat zon akan mara untuk bersaing di peringkat negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 hingga 13 November akan datang.” kata MOSTI.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...