AM

JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA NEGERI KEDAH CATAT JUMLAH PENGUNJUNG TERTINGGI

216

ALOR SETAR, 4 SEPTEMBER 2022 – Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Kedah berjaya menarik kehadiran luar biasa apabila mencatat seramai lebih 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya.

Jumlah ini adalah yang tertinggi sepanjang penganjuran siri JAKM.

Negeri Kedah merupakan lokasi kesembilan bagi siri JAKM selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak, Kelantan, Sarawak dan Selangor.

Perdana Menteri semasa majlis perasmian pada Jumaat telah mengumumkan inisiatif Kerajaan yang dilaksanakan dan berita gembira untuk Keluarga Malaysia di Negeri Kedah. Antaranya ialah pelaburan melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang bernilai lebih RM37.21 bilion dengan pewujudan lebih 36,717 peluang pekerjaan, penaiktarafan laluan tujuh dari persimpangan Lencongan Barat ke persimpangan Tiga Kemboja dengan peruntukan RM425 juta, penaiktarafan jalan persekutuan Gerik/ Kupang/ Lunas dengan peruntukan RM526 juta, penggantian Jambatan Manjalara di Kota Setar serta pembangunan yang melibatkan 109 projek sekolah dan institusi pendidikan dengan peruntukan RM1.13 bilion.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan mengenai bantuan kepada usahawan luar bandar melalui Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) Re-Start untuk usahawan yang terjejas dengan pandemik COVID-19, Program Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) patuh syariah melalui agensi pelaksana Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) dan Small Medium
Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) dan Program Start Right (PSR@KPLB) yang mensasarkan belia luar bandar dalam kumpulan B40.

Perdana Menteri juga mengumumkan pembinaan dan pembaikpulihan sebanyak 844 unit rumah di Negeri Kedah melibatkan peruntukan sebanyak RM15.702 juta yang memanfaatkan lebih 4,220 ahli isi rumah luar bandar, pembinaan Pusat Kanser Wilayah Utara (PKWU) di Sungai Petani, pelaksanaan tujuh (7) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion, pembinaan rangkaian sistem pembentungan merangkumi 28 loji kumbahan awam dan 16 loji kumbahan premis kerajaan dengan peruntukan RM239 juta, pelaksanaan projek Kedah Rubber City, Pembangunan Intergrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa Pulau Bunting serta pembangunan infrastruktur di sempadan Malaysia-Thailand.

Sepanjang tempoh tiga hari penganjuran, Keluarga Malaysia mendapat perkhidmatan terus secara bersemuka dengan pelbagai program menarik dan bermanfaat yang telah disediakan kepada pengunjung.

Sebanyak 27 reruai (booth) kaunter perkhidmatan telah mengambil bahagian pada siri JAKM kali ini yang melibatkan pelbagai Kementerian, Agensi dan Kerajaan Negeri. Pada masa yang sama, 12 kaunter perkhidmatan bergerak antaranya dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ Mobile) serta perkhidmatan kesihatan telah disediakan kepada Keluarga Malaysia yang hadir.

Penglibatan 80 gerai jualan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), 60 gerai jualan di bawah Pavilion Usahawan Desa KPLB@JAKM Kedah, 10 gerai Citarasa Keluarga Malaysia, 10 trak jualan makanan (food truck), enam (6) reruai (booth) Jualan Keluarga Malaysia serta lapan (8) syarikat di program Padanan Perniagaan (Business Matching) dalam siri jelajah ini turut merancakkan aktiviti ekonomi terutamanya bagi usahawan tempatan. Sebanyak RM8.8 juta jualan berjaya direkodkan setakat hari kedua penganjuran.

JAKM melalui Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia turut bekerjasama dengan 35 syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan sebanyak 4,147 kekosongan jawatan. Seramai 1,300 peserta telah dipanggil menghadiri temu duga dan 607 (46.7%) orang telah berjaya ke tapisan akhir dalam jawatan.

YAB Perdana Menteri turut menghadiri Kenduri Rakyat atau ‘Kenuri’ Rakyat Keluarga Malaysia di Padang Terap bersama-sama 15,000 penduduk tempatan yang dilaksanakan secara bergotong-royong di bawah semangat Keluarga Malaysia.

Program Fun Ride Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia turut diadakan yang disertai oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali bersama-sama penjawat awam. Semasa program tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada golongan asnaf di Masjid Aman, Alor Setar.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) merupakan kementerian peneraju bagi jelajah kali ini dan dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah selaku tuan rumah, manakala SEPADU, Jabatan Perdana Menteri adalah penganjur dan penyelaras utama program ini dengan berbaki empat (4) lagi lokasi Jelajah Negeri dan satu (1) penutup di Putrajaya.

JAKM yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, adalah kesinambungan daripada kejayaan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 hingga 12 Disember 2021 lalu.

Siri jelajah ini akan diteruskan di seluruh negara dengan segmen perkhidmatan yang sama bagi memenuhi keperluan rakyat dan membantu penghayatan terhadap pengertian Aspirasi Keluarga Malaysia yang menitikberatkan tiga teras utama iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran. JAKM merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk menyumbang kepada rakyat melalui penganjuran
program yang berfokuskan kepada kemudahan perkhidmatan secara langsung sekaligus memelihara kesejahteraan dan kepentingan Keluarga Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...