AMEkonomi @ My LNALuar Bandar @ My LNA

KPLB TERUS PERKUKUH KERJASAMA PEMBANGUNAN USAHAWAN PLATFORM E-DAGANG

172

ALOR SETAR, 3 Sept – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) terus mengukuhkan kerjasama pembangunan usahawan luar bandar berasaskan platform E-Dagang.

Ia menerusi pemeteraian pelanjutan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat Elokal Sdn Bhd bagi menjayakan Program DesaMall@KPLB.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, kerjasama itu merangkumi program bimbingan dan latihan kepada usahawan luar bandar, pemasaran produk secara dalam talian serta bekerjasama dengan pemain industri yang relevan untuk menjayakan DesaMall@KPLB.

“Kita harap usahawan di luar bandar termasuk usahawan digital mendapat manfaat daripada MoU ini manakala syarikat Elokal Sdn Bhd boleh meletakkan sasaran berapa ramai usahawan yang akan dilatih.

“Keduanya, diharap ada peningkatan jualan produk usahawan luar bandar kerana MoU ini turut melibatkan institusi kewangan, jadi mungkin ada cara dan kaedah gerbang pembayaran (bagi bantu usahawan).”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian MoU itu sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Kedah di pekarangan Stadium Darul Aman di sini hari ini.

KPLB diwakili oleh Ketua Setiausaha, Datuk Ramlan Harun manakala Elokal Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusannya yang juga Pentadbir DesaMall@KPLB, Ahmad Shah Wahid.

Pada majlis yang sama, Mahdzir turut menyaksikan Elokal Sdn Bhd menandatangani kerjasama dengan 11 rakan strategik.

Antaranya MaybankQR, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional, Fasspay, Foodpanda Malaysia, Lazada, Celcom dan Maxis.

Program DesaMall@KPLB adalah inisiatif KPLB yang bertujuan membantu usahawan luar bandar memasarkan produk mereka secara dalam talian melalui platform e-dagang.

KPLB merupakan kementerian peneraju Jelajah AKM Kedah yang berlangsung mulai semalam hingga Ahad ini.

Jelajah AKM Kedah adalah edisi kesembilan selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak, Kelantan, Sarawak dan Selangor.

Penganjuran Jelajah AKM bertujuan memudahkan rakyat di setiap negeri mendapatkan maklumat terus mengenai bantuan dan perancangan yang ditawarkan kerajaan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNACSR @ BM My LNA

Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan MenerusiInisiatif CSR Sesama Mara

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

MCMC gesa hentikan hantaran provokasi

CYBERJAYA, 29 Mac 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak...

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...