KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2022 – Bersempena dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, Kumpulan Syarikat Suria KLCC menganjurkan tawaran eksklusif dan aktiviti menarik terutamanya untuk kanak-kanak bagi menzahirkan semangat patriotik dan persekutuan yang simbolik dengan kempen Hari Merdeka. Kempen tersebut akan berlangsung di Pusat BeliBelah Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Terengganu bermula pada hari ini dan bakal berakhir pada 16 September 2022.
PUSAT BELI BELAH ALAMANDA
Berikutan dengan kejayaan kolaborasi pada tahun 2020, Suria KLCC sekali lagi menjayakan kempen ini dengan hasil Kerjasama Komuniti Tukang Jahit (KTJ) yang mana keluaran T-Shirt Merdeka edisi terhad akan dihasilkan bersama jahitan poket bercorakkan batik.
Perusahaan sosial KTJ ditubuhkan dengan tujuan memperkasakan kaum wanita dari kumpulan B40 yang mencari hasil pendapatan melalui servis menjahit dari rumah. Hasil kerjasama ini adalah selaras dengan pemampatan usaha Tanggungjawab Sosial Korporat yang mempromosikan kesedaran 3R (Reduce, Reuse and Recycle) bagi mengurangkan pembuangan sisa dan hasil lebihan. Rekaan T-Shirt Merdeka lain daripada yang lain ini dihasilkan menggunakan lebihan fabrik batik dan yang lebih istimewa, T-Shirt Merdeka eksklusif ini boleh ditebus oleh para pembeli yang berbelanja RM500 dalam dua resit di manamana kedai terpilih.
Tidak kurang dari tebusan T-Shirt Merdeka eksklusif, para pembeli yang berbelanja RM1,500 dalam dua resit di mana-mana kedai yang terpilih juga akan menerima Baucar Beli-Belah Alamanda yang bernilai RM50. Tebusan ini akan di berikan kepada 300 pembeli pertama sahaja.
Bagi kekal komited dalam pengibaran Jalur Gemilang, Jalur Gemilang istimewa akan diedarkan kepada 1000 pengunjung utama pada Hari Merdeka dan Hari Kebangsaan Malaysia.
Sejajar dengan musim cuti sekolah, Kempen Hari Merdeka kali ini juga akan dimeriahkan dengan pertandingan dan peraduan menarik untuk seisi keluarga. Aktiviti khusus yang akan dijalankan adalah untuk kumpulan VIKids yang berumur 7 hingga 12 tahun dan akan diadakan di perkarangan aras bawah di hadapan Aeon Big bermula dari 31 Ogos sehingga 11 September 2022. Kanak-kanak yang bukan terdiri daripada kumpulan VIKids digalakkan untuk mendaftar keahlian terlebih dahulu. Jumlah peserta untuk pertandingan ini adalah terhad dan terbuka kepada mana-mana pendaftaran yang terawal.
Berikut adalah indeks hadiah menarik untuk dimenangi:
Pertandingan | Hadiah (Baucar Beli-Belah Alamanda) |
Pertunjukan Fesyen Pakaian Tradisional Malaysia | Hadiah Utama: RM300 Hadiah Kedua: RM200 Hadiah Ketiga: RM100 |
Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik | Hadiah Utama: RM300 Hadiah Kedua: RM200 Hadiah Ketiga: RM100 |
Pertandingan Mewarna | Kategori Junior (7 – 9 Tahun) Hadiah Utama : RM150 + sijil Hadiah Kedua : RM 100 + sijil Hadiah Ketiga : RM 50 + sijil Kategori Senior (10 – 12 Tahun) HadiahUtama : RM150 + sijil Hadiah Kedua : RM 100 + sijil Hadiah Ketiga : RM 50 + sijil |
Ahli VIKids juga berpeluang untuk menyertai pelbagai program menarik yang bertemakan kemerdekaan dengan percuma antaranya adalah, Hiasan Biskut Jalur Gemilang, Dekorasi Merdeka Seni Arca Pasir, Kertas Pusingan Jalur Gemilang dan juga Program Rantai Kunci Merdeka dan Penanda Buku Batik. 500 Jalur Gemilang mini juga akan diedarkan kepada peserta VIKids yang menyertai aktiviti-aktiviti yang tersenarai.
MESRA MALL
Mesra Mall turut serta menganjurkan kempen Hari Merdeka yang bakal berlangsung pada 26 Ogos sehingga 16 September 2022.
T-Shirt Merdeka yang beredisi terhad hasil usaha sama KTJ juga akan disediakan untuk tebusan oleh para pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM350 keatas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih.
Inisiatif diteruskan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, dalam menjayakan aktiviti kesenian dan kraf untuk ahli VIKids. Kibar Jalur Gemilang, Hiasan Rantai Kunci, Kraf Kitar Semula dan Kit Kraf DIY adalah antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan. Aktiviti tersebut akan dijalankan pada hari setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula dari 25 Ogos sehingga 10 September di perkarangan tengah “West Wing”.
Jalur Gemilang mini akan diedarkan kepada ahli VIKids pada 31 Ogos dan 16 September Jumlah Jalur Gemilang adalah terhad kepada 150 helai setiap hari dan para ahli dinasihatkan untuk tidak melepaskan peluang untuk memenangi sesi “giveaway” yang akan di adakan pada jam 12 tengahari sehingga 4 petang untuk kedua-dua hari tersebut.
Para pengunjung juga berpeluang untuk merasai pengalaman mercu kemerdekaan apabila dekorasi hiasan yang bertemakan semangat Hari Merdeka akan ditonjolkan bagi mengimarahkan lagi semangat perpaduan jitu yang cinta akan tanah air. Sebuah ‘Photo booth’ eksklusif akan di sediakan untuk para pengunjung memperingati sambutan Hari Kebangsaan yang ke 65.
Menurut Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, “Ini adalah kesempatan dan platform yang sangat penting untuk semua rakyat Malaysia untuk mendalami semangat berdiri teguh di atas kejayaan yang telah diperolehi oleh negara ini hasil perpaduan dalam kemasyarakatan. Kesinambungan tema kemerdekaan dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan mampu membentuk nilai kesepaduan bersama dan boleh menjadi titik peluang bagi kanak-kanak untuk mengenali kepelbagaian asimilasi budaya dan warisan negara Malaysia”.
“Sekali lagi, kerjasama Tanggungjawab Sosial Korporat bersama KTJ akan terus menjadi aspirasi yang bermakna. Selain dari memperhalusi elemen batik yang sinonim dengan kebanggaan dan identiti rakyat Malaysia, kami juga berpeluang untuk terus memberi komitmen dan kami sebagai perbadanan yang menyumbang impak positif terhadap alam sekitar”.
Untuk info lanjut, layari:
i. Suria KLCC – www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
ii. Alamanda – www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
iii. Mesra Mall – www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall
- Join the PQ.Hosting Affiliate and Reseller Programs for Increased Revenue and Client Growth
- KFSHRC Introduces Pioneering Virtual Pathology Services in Madinah
- In celebration of the 75th anniversary of the founding of the People’s Republic of China, Sun Hung Kai Properties’ New Town Plaza 40th anniversary celebration ceremony
- Hong Kong Accident Lawyers Launches Comprehensive “Hong Kong Traffic Black Spots Database” to Enhance Road Safety for Drivers and the Public
- Chancay to Shanghai — Alpacas on the Move
Leave a comment