Kenyataan Media

KEJOHANAN MALAYSIA SPORTS LEAGUE PERINGKAT KEBANGSAAN BERMULA

491

Oleh KBS

Malaysia Sports League (MSL) merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan telah memulakan pertandingan di seluruh negara sejak Mac 2022. MSL, sebuah kejohanan berstruktur telah menerima 104,250 penyertaan sejak dimulakan; melibatkan 685 aktiviti di seluruh negara merangkumi lima sukan iaitu futsal, badminton, bola keranjang 3 on 3, bola jaring dan sepak takraw.

Kejohanan MSL Peringkat Kebangsaan akan bermula pada 26 hingga 28 Ogos 2022 bertempat di KSL Sports Puchong untuk sukan futsal, badminton dan bola keranjang 3 on 3; di Stadium Juara Bukit Kiara untuk sukan bola jaring; dan di Gimnasium 2 Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil untuk sukan sepak takraw. MSL Peringkat Kebangsaan akan menyaksikan penyertaan 15 buah kontinjen dari seluruh negara mewakili negeri dan Wilayah Persekutuan melibatkan 900 orang pemain dan peserta. 

Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan dalam ucapannya sempena majlis meraikan pasukan-pasukan yang berjaya ke peringkat kebangsaan, MSLmerupakan satu program anjakan paradigma dalam menggalakkan semua lapisan masyarakat untuk bersukan dan mengamalkan gaya hidup aktif.

“Selaras dengan strategi yang ditekankan dalam Dasar Sukan Negara iaitu pemerkasaan budaya penglibatan sukan dalam masyarakat, KBS berperanan untuk menyediakan ruang dan peluang yang secukupnya melalui penganjuran aktiviti sukan kepada masyarakat terutamanya di peringkat akar umbi,” tambah beliau.

Majlis turut menyaksikan penyerahan bendera kepada kontinjen yang bertanding di mana turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Tuan Mohd Azhari Mohammad.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...