Ekonomi @ My LNA

PELANCARAN PROGRAM INISIATIF PENDIGITALAN SEKTOR PERUNCITAN (ReDI) PERINGKAT KEBANGSAAN DAN PENJENAMAAN SEMULA PROGRAM JUALAN MURAH KELUARGA MALAYSIA

97

Oleh KPDNHEP

BERA, 27 OGOS 2022 – Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Initiative) (ReDI) Peringkat Kebangsaan di Dataran Kerayong, Bera, Pahang. ReDI Peringkat Kebangsaan adalah julung-julung kalinya diadakan bagi memacu gagasan digitalisasi sektor peruncitan luar bandar seluruh negara dalam menggalakkan peniaga kecil dan sederhana mengadaptasi teknologi. Ini dapat membantu meningkatkan pendapatan peniaga kecil melalui pengurusan transaksi kewangan secara sistematik.

Program ReDI ini merupakan kolaboratif KPDNHEP bersama Kerajaan Negeri, rakan strategik seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Paynet, ShopeePay, GrabPay, Maybank, Touch & Go, Boost dan 152 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara dengan menyasarkan 15,000 peniaga beralih ke platform digital menjelang tahun 2025. Sehingga 1 Ogos 2022 seramai 5,321 peniaga luar bandar telah mengadaptasi pendigitalan dan ini bukan sahaja dapat mengurangkan kebergantungan kepada wang tunai, malah memberi pelbagai manfaat kepada pengguna serta peniaga dalam tiga (3) aspek iaitu MUDAH, CEPAT DAN SELAMAT.

Foto oleh KPDNHEP

Pelancaran ReDI peringkat Kebangsaan pada hari ini sangat signifikan dalam memberikan momentum kepada agenda digitalisasi negara terutama untuk pemain industri sektor peruncitan untuk sama-sama mengambil peluang berkongsi kek ekonomi digital yang disediakan kerajaan. Dalam menyokong pelaksanaan ReDI ini, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM2 juta dalam bentuk e-voucher Program Jualan Malaysia yang bermula pada 30 Ogos 2022 hingga 31 Disember 2022. E-voucher Program Jualan Malaysia ini boleh di muat turun melalui aplikasi MySales Tracker yang disediakan oleh KPDNHEP.

Pada masa yang sama, kerajaan akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM250 ribu bagi melaksanakan pelbagai program sokongan insentif norma baharu kepada 1,800 peniaga dan 2,500 pengguna secara tanpa tunai pada hari ini. Insentif ini diharapkan dapat memberi galakan kepada peniaga dan pengguna untuk menggunakan medium digital dalam semua aktiviti dan transaksi ekonomi mahupun sosial.

Manakala, pihak swasta melalui ShopeePay juga berbesar hati menyumbangkan sebanyak 100 unit Pengimbas Kod QR kepada peniaga yang berpotensi mencapai gross transaction value yang tinggi di Bera, Pahang. Ini merupakan langkah awal dalam membantu peniaga mentransformasikan pendigitalan, di samping akan melonjakkan lagi penggunaan e-pembayaran yang memberi impak secara terus kepada penerima manfaat yang telah dikenalpasti.

Pada hari ini juga, Program Jualan Keluarga Malaysia telah dijenamakan semula kepada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) dan diperluaskan ke 600 kawasan Dewan Undangan Negeri seluruh negara dan 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan dengan menawarkan pengurangan harga barangan keperluan harian yang lebih murah sehingga 20 peratus berbanding harga pasaran semasa setempat. Berdasarkan maklum balas yang diterima PJKM dan kini JMKM telah sinonim dengan harga murah yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Kerajaan berharap JMKM yang dijenamakan semula ini akan dapat memastikan harga barangan keperluan di seluruh negara dapat kekal stabil dan membantu golongan yang kurang berkemampuan. Bagi memastikan JMKM dapat mencapai hasrat tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM80 juta melalui lima kementerian sebagai agensi pelaksana bagi menjayakan JMKM sehingga hujung tahun ini. Kementerian-kementerian tersebut terdiri dari KPDNHEP yang menyelia JMKM bagi negeri Johor, Sarawak dan Terengganu, manakala Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan menyelia JMKM bagi negeri Kelantan, Melaka dan Sabah. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan menyelia negeri Pahang, Perak dan Selangor; Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menyelia negeri-negeri Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Pulau Pinang sementara Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menyelia WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) pula akan menyelaras segala promosi JMKM di media mahupun di lapangan

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada spip@kpdnhep.gov.my

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

17.65 Juta (58.7%) Profil Warganegara telah dikemaskini di Sistem PADU

PUTRAJAYA, 1 April 2024 – Seramai 11.55 juta (52.6%) warganegara berumur atas...