AM

PENGISYTIHARAN MALAYSIA REPROGRAPHIC RIGHTS CENTRE BERHAD (MARC) SEBAGAI ORGANISASI PENGURUSAN KOLEKTIF MEWAKILI KARYA SASTERA, SENI, IMEJ DAN ILUSTRASI

99

Oleh MyIPO

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2022 – Reprographic Rights Centre Malaysia Berhad (MARC) hari ini secara rasmi diumum menjadi badan pengurusan kolektif yang diiktiraf oleh kerajaan untuk menjalankan aktiviti kutipan royalti mewakili penulis, penerbit dan pelukis di dalam industri percetakan dan penerbitan di Malaysia.

Penyerahan sijil pengisytiharannya, disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Dato’ Rosol Wahid.

MARC merupakan pengurusan kolektif yang diisytihar oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang diberi kuasa mengutip royalti karya sastera, seni, imej dan ilustrasi serta mengeluarkan lesen penggunaan tersebut bagi pengguna di Malaysia.

Menurut YB Dato’ Rosol Wahid, MARC berfungsi untuk memantau penggunaan semula karya cetak dan digital di seluruh negara termasuk di sekolah, universiti, perpustakaan dan pusat cetakan, dengan kerjasama entiti kerajaan yang berkaitan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) seterusnya mengutip royalti sebelum ia diagihkan kepada pemilik harta intelek tersebut.

MARC dianggotai bersama oleh Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM), Persatuan Aktivis Komik Malaysia (PEKOMIK), dan Persatuan Buku Gambar Kanak-Kanak Malaysia (MYCPB).

Penubuhan dan pengiktiran MARC sebagai organisasi pengurusan kolektif antara lain akan memberi manfaat kepada ahli-ahlinya dalam menguruskan hak royalti di samping menjaga kebajikan mereka dalam industri percetakan dan penerbitan karya-karya sastera, seni, imej dan ilustrasi.

YB Dato’ Rosol Wahid sebelum itu merasmikan Seminar Kebangsaan bertajuk “Managing Copyright in Malaysia Education” di sebuah hotel di sini. Seminar ini antara lain adalah bagi mengumpulkan mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan dan pengajian tinggi dalam membincangkan kepentingan hak harta intelek di dalam industri imej dan percetakan (reprografik) di Malaysia. Seminar ini juga adalah medan dan peluang terbaik bagi peserta untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan terkini hak reprografik antarabangsa dan perkembangan dalam negara.

Hadir sama Ketua Pengarah MyIPO, Abdul Haris Lakar dan Pengerusi merangkap Pengarah Urusan MARC, Ahmad Hussain Tajuddin.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...