AMEkonomi @ My LNA

Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen mulai hari ini hingga 24 Ogos 2022

73

18 Ogos 2022 – Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 18 Ogos 2022 hingga 24 Ogos 2022 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen seliter daripada RM4.40 ke RM4.35 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
  3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Jelas Kementerian, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.

Tambah Kementerian, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAGaya Hidup @ My LNAPendapat @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Menilai kewajaran Malaysia tolak tawaran anjur Sukan Komanwel 2026

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Rentetan penarikan diri Victoria, Australia sebagai...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...