Kenyataan Media

Skandal LCS : Tiga dokumen perlu dinyahklasifikasikan

186

8 Ogos 2022 – Mantan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Mantan Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong agar Menteri Pertahanan Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dan kerajaan membuat keputusan di mesyuarat kabinet pada hari Rabu ini untuk nyahklasifikasikan dokumen-dokumen penting berikut supaya seluruh rakyat Malaysia lebih memahami isu di belakang skandal LCS dan kami dapat bersama mencari jalan penyelesaian.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, mereka berkata tanpa nyahklasifikasi dokumen-dokumen itu, banyak soalan akan kekal tidak terjawab.

“Pertama, kami menyokong cadangan PAC untuk nyahklasifikasikan “Laporan JKSTUPKK berhubung Perolehan Enam Buah Second Generation Patrol Vessel (SGPV), Berkeupayaan Littoral Combatant Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia” terbitan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang. Laporan ini mempunyai maklumat kewangan yang tidak termasuk dalam laporan PAC.

JKSTUPKK ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 30 Mei 2018 di atas gesaan Menteri Pertahanan pada masa itu, Mohamad Sabu.

Dokumen kedua yang perlu dinyahklasifikasikan adalah laporan pengauditan forensik projek LCS dari tahun 2019 oleh Boustead Naval Shipyard (BNS). Pengauditan ini dilaksanakan oleh firma audit Alliance IFA.

Laporan pengauditan forensik ini amat penting kerana mempunyai butiran tentang pihak yang bertanggungjawab di peringkat operasi projek.

Ketiga, nyahklasifikasikan 10 pucuk surat yang ditulis oleh mantan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz bin Jaafar yang memegang jawatan tersebut dari 1 April 2008 hingga 17 November 2015.” kata mereka.

Mereka turut menyatakan rasa amat kecewa melihat teguran dan amaran an Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz tidak dilayan oleh Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan, dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Untuk mendapatkan jalan keluar bagi skandal LCS yang melibatkan berbilion ringgit, kabinet Malaysia perlu segera nyahklasifikasikan dokumen-dokumen ini.” ujar mereka.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Photo: YouTube screenshot
Kenyataan Media

Conservative Christians freak out over cute ad featuring a lesbian couple

You need to be logged in to view this content. Please Log...