COVID-19 Kesihatan z10

COVID-19 : Jumlah kes sembuh meningkat

9 Ogos 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web COVIDNOW, jumlah kes baharu COVID-19  setakat 8 Ogos 2022, 11:59 adalah sebanyak 2,861 kes tempatan dan 2 kes import.

Manakala jumlah kes sembuh setakat 8 Ogos, 11:59 pm adalah sebanyak 4,752.

Dalam pada itu setakat 8 Ogos 2022, 11:59 pm seramai 16,195,403 penduduk di Malaysia telah mendapatkan keseluruhan dos vaksin dan juga dos penggalak pertama.