AM

Objek disyaki sisa serpihan roket Long March 5B tiba di KLIA

98

3 Ogos 2022 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan bahawa objek yang disyaki sisa serpihan roket Long March 5B yang baru-baru ini ditemui di Sarawak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 7.40 malam semalam.

Foto ehsan MOSTI

“Objek berkenaan akan terus dibawa ke Makmal Analisis Kimia, Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Jabatan Kimia Malaysia.” kata MOSTI.

Pada 1 Ogos 2022, pasukan siasatan yang terdiri daripada Bahagian Penguasa Angkasa, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) telah digerakkan bagi membuat penyiasatan awal objek tersebut yang jatuh pada 31 Julai 2022.

Menurut Mosti berdasarkan ukuran dan hasil siasatan awal mendapati bahawa objek pertama yang disyaki bersaiz sekitar lima (5) inci berkenaan TIDAK mengeluarkan sebarang radiasi dan TIADA unsur radioaktif dikesan pada objek tersebut. Manakala, ukuran dan hasil siasatan awal terhadap objek kedua yang disyaki di Batu Niah, Miri, turut menunjukkan hasil yang sama iaitu objek disyaki TIDAK mengeluarkan sebarang radiasi dan TIADA unsur radioaktif dikesan. Kedua-dua objek disyaki adalah selamat untuk dilaksanakan siasatan dan analisis seterusnya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...