3 Ogos 2022 – Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 4 Ogos 2022 hingga 10 Ogos 2022 adalah ditetapkan seperti berikut:
- harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen seliter daripada RM4.55 kepada RM4.50 seliter;
- harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
- harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Jelas Kementerian, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.
Tambah Kementerian, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
- Kaplan (Singapore)’s New City Campus at Odeon 333: Empowering Students for Success in the Future Economy
- KPMG in Singapore Introduces Strategic Guide to Boost Digital Talent and Inspire Green Innovation
- MSIG Asia And The RiskPoint Group Join Forces To Drive Renewable Energy Insurance Across Asia Pacific
- From Page to Stage®: Rousing the Dragon Premieres in March
- Visa and Fintech DealMe Collaborate to Launch Cross-Border Card Installment Payments
Leave a comment