KUALA LUMPUR 2 Ogos 2022 – Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee memaklumkan bahawa tema MAHA pada tahun ini adalah “Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan”.
Katanya ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Tumpat ketika sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Parlimen hari ini, pemilihan tema tersebut adalah bertepatan dan selari dengan hasrat Kerajaan untuk memberi tumpuan memperkukuh sekuriti makanan negara dalam menghadapi pelbagai cabaran.
“Justeru itu, penganjuran MAHA 2022 ini akan menjadi platform utama dalam usaha kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk memacu pemulihan sektor agromakanan negara selain membantu usahawan tani untuk pulih semula dari aspek penjanaan sumber pendapatan dan seterusnya dapat menjamin sekuriti makanan negara.
Pelbagai aktiviti promosi dan publisiti telah dan sedang dilaksanakan di seluruh negara untuk menguar-uarkan tentang MAHA 2022 serta tarikan-tarikan utama yang terdapat di 22 segmen yang ditawarkan di dalam dewan dan juga kawasan laman termasuk rumah-rumah negeri. Sebanyak 1,500 booth pameran dan gerai jualan bakal dipenuhi dengan penglibatan pemain industri dan usahawan tempatan.
Melalui penglibatan semua pihak yang berkaitan terutamanya pemain-pemain industri, MAHA 2022 dijangka dapat menghasilkan lebih daripada RM250 juta potensi nilai jualan. Di samping itu, beberapa sesi menandatangani memorandum persefahaman (MOU) juga akan berlaku sepanjang MAHA 2022 melibatkan nilai pelaburan lebih daripada RM4 bilion. Ini tidak termasuk sesi padanan perniagaan, dengan izin, business matching melibatkan lapan (8) syarikat agen pemasar dari luar negara sebagai salah satu usaha untuk membawa hasil serta produk agromakanan tempatan ke pasaran antarabangsa.” kata Ronald.
Tambahnya, MAHA 2022 juga menyediakan peluang kerjaya kepada golongan muda serta graduan yang sedang mencari pekerjaan menerusi Program Jamin Kerja dalam segmen Agro Job Fair.
“Lebih daripada 100 syarikat akan turut serta dalam program ini yang menawarkan lebih daripada 15,000 kekosongan jawatan dalam pelbagai sektor. Selain itu, lebih daripada 250 pocket talk / sharing sessions / seminar / webinar / konvensyen serta khidmat nasihat terus kepada kumpulan sasar akan diadakan. Ini
merupakan antara manfaat-manfaat yang bakal terhasil menerusi penganjuran program MAHA pada kali ini.” katanya.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment