AMEkonomi @ My LNA

Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) akan diperhebatkan ke seluruh negara

174

KUALA LUMPUR 18 Julai 2022 – Pasukan Khas Tangani Inflasi telah mengadakan pertemuan yang keempat ke arah mengambil tindakan pantas untuk menangani masalah inflasi yang dihadapi oleh rakyat. Selaras dengan ini, mesyuarat Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) akan diperhebatkan di seluruh negara ke 600 kawasan Dewan Undangan Negeri melalui fasa 2.0 yang akan bermula pada bulan Julai ini sehingga akhir tahun ini.

Dalam sidang media pada hari ini, Tan Sri  Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Jihad Tangani Inflasi. Beliau menyatakan, Kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta bagi keseluruhan pembiayaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM). Sehingga kini, program itu mendapat sambutan yang amat baik bukan sahaja daripada rakyat tetapi juga daripada semua Ahli Parlimen dan pihak Kerajaan Negeri.

“PJKM ini akan diadakan pada setiap minggu,  dengan kadar lebih murah sehingga 20% dari harga pasaran. Ini pastinya dapat meringankan bebanan kos sara hidup Keluarga Malaysia termasuklah dengan langkah Kerajaan meningkatkan peruntukan subsidi kepada lebih RM77 bilion berbanding peruntukan asal sebanyak RM31 bilion bagi tahun 2020.

Daripada jumlah ini, RM1.1 bilion diperuntukkan kepada subsidi ayam dan telur. Pemberian subsidi ayam ini, menunjukkan kesungguhan Kerajaan bagi memastikan bekalan ayam pulih dan sekarang didapati harganya telah mula stabil, berada di bawah harga kawalan RM9.40 bagi Semenanjung Malaysia. Manakala harga purata nasional mingguan sehingga 9 Julai 2022 adalah RM9.22 dan negeri Pahang merekodkan harga terendah iaitu sebanyak RM8.95.

Sehingga 17 Julai 2022, sebanyak 521,995 pemeriksaan telah diadakan di seluruh negara. Sejumlah RM52 juta nilai rampasan telah dibuat. Dalam menangani isu minyak masak kelapa sawit pula, sepanjang tempoh 1 Julai sehingga 15 Julai, sebanyak 9,493 pemeriksaan telah diadakan di 3,316 buah premis dan nilai sitaan untuk minyak masak kelapa sawit sahaja adalah sebanyak RM2.1 juta,” kata Annuar.

Beliau juga menyatakan, Kerajaan akan terus menyalurkan informasi bagi meningkatkan kefahaman rakyat  untuk sama-sama berganding bahu menangani inflasi dan rakyat tidak dibuta-tulikan dengan berita palsu yang diwar-warkan oleh pihak yang mempunyai agenda tersendiri.

Katanya Kerajaan juga akan terus menggembleng tenaga melalui agensi penguatkuasaan lain seperti PDRM, Kastam, MAQIS, RELA dan beberapa agensi lain untuk membantu penguatkuasa KPDNHEP.

Annuar turut menegaskan bahawa Pasukan Khas ini akan terus memantau supaya harga barangan tidak naik secara mendadak di semua premis.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...