AM

Penafian Mesej Tular Berkaitan Iklan Promosi Tawaran Diskaun Saman JPJ dan PDRM 50%

226

17 Julai 2022 – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah mengesan satu (1) iklan mempromosikan tawaran 50% diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PDRM melalui aplikasi whatsapp. Iklan tersebut memaparkan nilai kadar saman dan jumlah bayaran diskaun serta tawaran sehingga 20 Julai 2022.

Dalam siaran media di Bukit Aman hari ini, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin menyatakan,  iklan tersebut menawarkan kepada  orang ramai yang berminat boleh berhubung dengan individu melalui nombor telefon yang disertakan sekiranya ingin berurusan lanjut.

“ PDRM mengesahkan iklan promosi tawaran saman tersebut adalah palsu dan sedang menjalankan

siasatan ke atas individu yang bertanggungjawab dalam menyebarkan berita dan iklan palsu berkenaan . Orang ramai yang menerima iklan promosi tersebut,diminta untuk tidak terpengaruh atau berhubung dengan penama yang dinyatakan.

“ Masyarakat juga dinasihatkan agar menyemak terlebih dahulu kesahihan sebarang berita terutamanya mengenai tawaran pengurangan saman melalui saluran media rasmi PDRM bagi mengelak menjadi mangsa penipuan,” ujar Noorsiah.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...