AMBelia & My LNA

Sambutan Hari Belia Negara 2022

106

Sambutan Hari Belia Negara bagi tahun ini bertemakan ‘Ini Masa Kita’, disambut dengan meriah semalam di Tuaran, Sabah yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.  Sambutan tersebut merupakan pengiktirafan Kerajaan terhadap segala  usaha dan kejayaan seluruh belia yang merupakan tunjang dalam pembangunan negara serta keutuhan Keluarga Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, hampir 21.4 peratus atau tujuh juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia merupakan belia berusia antara 15 hingga 30 tahun, manakala belia berumur 15 hingga 40 tahun mencecah hampir 15 juta orang adalah angka yang sangat signifikan, mampu mempengaruhi perancangan pembangunan dalam merangka hala tuju  masa hadapan negara. 

“Manakala, kadar pengangguran dalam kalangan belia yang berumur 15 hingga 40 tahun di seluruh negara pula menunjukkan penurunan kepada 5.3 peratus bagi suku pertama tahun ini berbanding 5.9 peratus dalam tempoh yang sama tahun lepas. Ini menjadikan bilangan penganggur pada suku pertama tahun ini seramai 585,000 orang berbanding 627,000 orang bagi tempoh yang sama tahun lepas. Jumlah ini dijangka terus menurun sekiranya kita mengambil tahu dan mengambil peduli pelbagai inisiatif serta program yang tersedia untuk belia.” katanya.

Ismail memaklumkan bahawa Kerajaan melalui kerjasama strategik Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) memberi tumpuan lebih kepada pertanian bandar.

“Ini merupakan strategi bagi meningkatkan penglibatan golongan belia dalam sektor agromakanan selain Program Agropreneur Muda. Sejumlah 8,000 usahawan muda telah menerima bantuan serta mampu memberi pendapatan lumayan  jika ia diusahakan secara bersungguh sungguh.

Dalam pada itu, penglibatan belia dalam sektor agromakanan akan diperkasa melalui pelaksanaan program Agro Job Fair @ MAHA 2022 pada bulan hadapan yang menawarkan 5,000 peluang pekerjaan oleh syarikat-syarikat yang menyertai. Diharapkan supaya graduan serta golongan belia untuk merebut peluang dalam program segmen Y-Career iaitu peluang kerjaya melibatkan 30 syarikat yang menawarkan 1,000 peluang pekerjaan untuk belia Keluarga Malaysia tempatan.” kata Ismail Sabri.

Tambah beliau, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), semua kementerian dan agensi masing-masing turut menyediakan pelbagai program dalam pembangunan negara. Sebagai contoh, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melaksanakan Program Bank Rakyat UNIpreneur yang melibatkan 500 mahasiswa daripada setiap 25 buah universiti awam dan swasta mulai bulan ini. 

“Program Young Entrepreneurship Engagement Talent (YOUNITY) pula melahirkan usahawan francais atau pra-francais di bawah KUSKOP.  Setakat ini ia telah menerima sebanyak 26 permohonan pembiayaan berjumlah RM4.31 juta sehingga akhir bulan lepas. Pada masa yang sama, KBS telah membangunkan Sistem eMYInd atau Malaysian Youth Index, sistem bersepadu yang merekodkan maklumat program-program pembangunan belia bagi membolehkan golongan itu mendapatkan maklumat untuk menyertai program-program yang bersesuaian.” jelas Ismail Sabri.

Menurut Ismail lagi, selain itu Program Malaysia Techlympics oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dilancarkan awal tahun ini dijangka mendapat penyertaan satu juta anak muda yang dapat memupuk minat mereka dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Program ini juga untuk mencungkil bakat muda seawal 7 tahun sehingga 30 tahun dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI), Internet Kebendaan (IoT), robotik, kod, dron dan juga bidang teknologi.” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan bahawa bagi terus memperkasakan peranan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan pertubuhan-pertubuhan belia lain, Kerajaan memperuntukkan RM5.5 juta di bawah inisiatif bantuan pentadbiran dengan syarat mereka melengkapkan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD). Sehingga kini daripada peruntukan sebanyak RM5 juta, 1.5 juta telah diagihkan kepada pertubuhan belia.

Perdana Menteri juga menyatakan bahawa Kerajaan percaya Model Baharu Pembangunan Belia 2030 yang sedang dirangka oleh KBS dapat direalisasikan sebagai agenda mutakhir bagi memperkasakan belia sebagai aset negara. Seterusnya  mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk program pembangunan belia sebagai tambahan peruntukkan oleh KBS sebanyak RM1 juta.  Selain itu, hasil perbincangan  dengan Menteri Belia dan Sukan, Kerajaan bersetuju untuk melantik seorang Senator dalam kalangan belia. Dengan adanya wakil belia dalam Dewan Negara, suara mereka akan lebih didengari.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...